Tuesday, June 21, 2016

Peranan Kita (Wanita)

—Al Banna :

—Wanita adalah elemen terpenting dalam hidup sesebuah bangsa,
kerana wanita adalah institusi pertama yang membentuk generasi muda. 

Nasib sesebuah bangsa dan halatuju ummah bergantung kepada sejauhmana didikan yang diterima oleh seorang anak daripada ibunya. Wanita juga merupakan faktor utama yang mempengaruhi kehidupan pemuda dan juga lelaki


Dr Yusuf al Qardawi menyokong usaha “Bom Demografi” – Jawapan seorang ibu: “kami akan terus melahirkan anak sehingga kami akan menjadi majoriti semula dan menghalau kamu (Israel) dari bumi al Quds ini!”

Monday, June 20, 2016

Pendapatan sendiri, untuk wanita

Bismillah,

—Jabir bin Abdullah berkata, maksudnya:
—“Ibu saudaraku telah diceraikan, kemudian dia mahu memetik nakhil (buah kurma) maka seorang lelaki telah melarangnya (daripada keluar memetik nakhil), maka ibu saudaraku pergi bertemu Rasulullah saw, maka baginda bersabda: Bahkan pergilah memetik buah tersebut mungkin kamu dapat bersedekah dengannya atau melakukan perkara yang baik.”

Hadith Riwayat Muslim.

—Zainab binti Jahsy di sebut bahawa dia bekerja dengan tangan dan tenaganya sendiri agar dia dapat bersedekah.

Monday, May 23, 2016

choose one field, and be the best - Dr. Fauziah

Bismillah, 

Dalam usia acah-acah busy ini, (acah-acah je sbb masih sempat scroll Insta dan group Whatsapp personal huuuhu), saya pernah bertanya beberapa makcik-makcik ahli teras IKRAM, yang juga tokoh di dalam kerjaya dan bidang masing-masing. Bagaimana mereka sempat lakukan semuanya? 

Jawapan Dr. Fauziah, "Choose one field, and be the best in it.". Jadi yang terbaik, hinggakan kita menjadi ahli rujuk dalam bidang yang kita pilih itu. Bila jadi ahli rujuk, jadi pembuat keputusan (decision maker), jadi pembuat polisi, barulah dapat tegakkan Islam, barulah dapat jadikan asas-asas Islam sebagai polisi, kan?

Dan bidang apa yang kamu pilih?

Mine may not be Biomedical Engineering anymore. Apapun, semoga kita tetap jadi hamba yang bertaqwa. In the end, it is all that matters?

Atiqah,
Office MyCARE. 

Sunday, April 24, 2016

Atuk's last family day

Bismillahirrahmanirrahim

I entered the zainal abidin family just 2 years back, when i married my husband. 2 years is pretty short, but its so easy to commit sins to people i.e. thru backbiting, dzonn, etc. May allah protect us from committing these sins.

In only 2 years, atuk made visible his care and concern to me, his granddaughter in law. When zauji accompanied him overnight at the hospital last ramadhan, he literally asked more than 10 times "qayyum, oghang rumah ekau macam mano?". We had to reassure him many times that i will be fine (i was pregnant then).

Come february this year, we had a bbq meeting to plan for a family day, which was all atuks idea. He even sponsored most of it, and even made a wasiat that his remaining money in the bank is used for future gatherings. He even went to recce the suggested place, which is a big deal since he can barely walk 10ms without his tongkat.

At the family day, he looked truly happy. During sukaneka, he went down from the kampung house, and walked to the side of the field just to take photos of his warigh having fun.

When parting, i was lambat and atuk already closed his car door, ready for departure. But he opened it again just to kiss hafsah so lovingly, multiple times, which waa a first.

And it was the last. He passed away the following morning.

My reflection from these series of events is that.. sometimes we feel that something is unnecessary. For example buying things for your wealthy parents (while you are struggling to make ends meet without touching your savings), or, helping out to cook extravaganza iftars as it consumes so much ibaadah time and energy, or spending your valuable weekend and petrol money to travel for family vacations. If it is still within your means, why not? If it makes them.happy, may Allah accept it as an act of birrul waalidain. Oppotunities for these acts do not last forever. Seixe them and utilize them well. They are our gates to jannah.

Catatan june lepas, apabila arwah Atuk tinggalkan kami secara mengejut. Allahummaghfirlahu warhamhu wa'afihi wa'fu 'anhu

Friday, January 15, 2016

Jiran kami orang Palestin

Bismillah,

Sebelum memori ini meninggalkan ingatan, lebih baik saya jot down.

Makcik Dermawan datang menziarahi saya . Dia bawa bersama sebungkus makanan."Untuk jiran Palestin kamu, tolong hantarkan ya Atiqah," kata beliau.

Saya terkedu. Wah, ada orang Palestin tinggal di sini. Tapi erm, kenal pun tidak, bagaimana nak ziarah?

Makcik Dermawan menceritakan jiran saya itu tinggal sehelai sepinggang, tanpa sebarang peralatan atau perabot dirumahnya. Bersedia untuk bila-bila sahaja berangkat ke Mesir dan seterusnya Gaza, apabila border dibuka. Sempadan boleh dibuka bila-bila sahaja, dan kebiasaannya hanya untuk tempoh yang sangat pendek. Maka beliau hidup dari luggage sahaja.

Amanah, maka saya hubungi juga jiran Palestin. Ceria, dan malu-malu dia datang bertemu saya. Menyusahkan sahaja, katanya. Berkali-kali dia menegaskan, dia okay sahaja. Beliau pulang membawa bungkusan makanan berisi salad, lemon, roti, dan traveller mug berisi air kopi panas.

Saya berjanji pada Makcik Dermawan, akan followup jiran itu. Akan mengajaknya makan, akan bertanya khabar.

Janji maniskah?

Monday, January 11, 2016

Tulis

Bismillah,

Para ulama’ salaf zaman dahulu telah menunjukkan semangat untuk menulis dan mereka justeru hidup penuh dengan keberkatan, di mana tulisan mereka mencerahkan umat manusia hingga ke akhir zaman.

Dengan usia mereka yang terbatas, menulis menjadikan kemanfaatan ilmu mereka tidak terbatas. Menulis adalah mengikat jejak kefahaman.

Akal kita sebagai kurniaan Allah ‘Azza wa Jalla, begitu agung daya kekuatannya untuk menampung sebegitu banyak data, namun, kita kadang - kadang menghadapi kesulitan untuk mengeluark an apa yang telah tersimpan lama di dalam jalur rumit otak kita.

Maka menulis adalah menyusun kata kunci untuk membuka khazanah akal. Demikianlah kita fahami dari kalimah indah Imam Asy-Syafi’ie ; “Ilmu adalah binatang buruan dan pena yang menuliskan adalah tali pengikatnya.”

Menulis juga adalah sebahagian dari tugas iman kerana makhluk yang pertama ialah pena, ilmu yang pertama ialah bahasa dan ayat yang pertama berbunyi “Baca!”

-Tulisan Ustaz Wan Sanadi, dari buletin Tarbiatuna IV.

Wednesday, June 24, 2015

Nota Fatihah

Bismillah,

Alfaatihah mengandungi semua tema alquran. Mcm thesis statement.
1. Aqidah
2. Ibadah
3. Manhaj.

Sebab tu jadi pembuka alquran. Turut menjadi pembuka semua surah. Bacalah apa2 surah sekalipun slps fatihah dlm solat, maksud akan tetap flow.

Juga mengajar adab doa. Puji Allah kemudian baru permintaan.

Utk khusyuk dlm solat
1. Bayangkan arrahman arrahim Alah, perkara2 yg kita syukuri. Bayangkan maaliki yaumiddeen. Betapa Allah penguasa dan akan membalas segalanya.
2. Hadirkan di dalam kepala golongan yg diberi nikmat yg kita nak contohi (Rasulullah saw, para sahabat, etc), golongan maghdhub dan dhollin yg kita nak jauhi.

Sumber: buku khowatir quraniyah tulisan Amru Khalid, dan nota Abu Hafsah.