Thursday, May 17, 2007

Antara cita2..impian..harapan..dan kewajipan

Dedicated to a friend..yg bg tajuk ni.hee.C:

sebentar tadi saya chat dengan seseorang yang akan mengambil course accounting atas permintaan ibunya.
Ada juga anak yg sanggup berkata kepada ayahnya,:kalau ayah suka sangat medic,ayah belajar je lagi sekali”.
Salah seorang saudara saya telah menamatkan pelajarannya dalam bidang perubatan atas permintaan mamanya.Namun apabila telah memulakan kerjayanya sebagai seorang doctor yang sibuk,dia mula menyalahkan mamanya kerana dia tidak banyak masa bersama keluarga.

Benda-benda ini terjadi kerana ibu bapa memasang harapan untuk melihat anaknya memilih bidang kerjaya yang menjamin masa depan.sebagai anak,saya rasa x salah untuk kita menimbangkan harapan ibu bapa kita tu kerana mereka mahukan yang terbaik buat kita.sometimes,they know better sebab mereka lebih dulu makan garam.malah,memenuhi harapan ibu bapa adalah salah satu dari kewajipan kita sebagai anak.mereka dah besarkan kita selama lebih 17 tahun of our life.dengan kita yang banyak ragam.
Banyak udang banyak ragam,
Banyak anak banyak ragam.
Heh..

However,certain people dah very determined kecil lagi nak jadi apa.ini termasuk dalam kategori cita-cita.biasanya,kalau orang yang dah memang determined untuk mencapai cita-citanya,mak ayah dia x campur tangan.ini berdasarkan apa yang saya selalu tengoklaa.

Roommate saya pernah kata,ibu bapa yang mempunyai harapan untuk melihat anak mereka menceburi kerjaya tertentu sepatutnya dah tanam interest pada anak dia sejak kecil lagi.biasanya budak2 akan suka kerjaya yang tampak glamour pada pandangan mereka.jadi,kalau mereka nak anak mereka jadi architect,tunjukkanlah arkitek2 yang Berjaya dan terkenal kepada mereka supaya mereka memasang angan-angan dan cita-cita yang selari dengan kehendak ibu bapa.lagipun,kalau dah keras baru nak try lentur buluh,patahlah ia.

Walau apapun,jikalau impian kita bertentangan dengan harapan ayah ibu,cubalah berbincang baik-baik.bertolak ansurlah kerana mereka dah bertolak ansur dengan kita selama 17 tahun(4 calon 1989 laa).and kita juga tidak tahu berapa lama lagi mereka akan bersama kita,walikulli ummatinajal…(7:34).bagi setiap umat itu ajalnya akan tiba.apabila ajalnya tiba,mrk x dpt mnta penundaan atau percepatan sesaat sekalipun.

By the way,bak pendapat kawan saya,impian tu mcm will power yg sgt strong utk encourage kita dptkn apa yg kita nak. harapan plk..
cm kita ni usaha2 pastuh berserah pada takdir Allah apa nk jadi jadilaaa.wallahua'lam bissawab.

1 comment:

  1. sebenarnya tak kira apa pun impian harapan dan cita2 itu biarlah ia bermatlamatkan untuk menyumbang kepada ummah..selagi mana kita ikhlas insyaAllah Allah permudahkan..andai wujud percanggahan denga ibu bapa bincanglah mengikut adab dan caranya... ingat matlamat tak menghalalkan cara.. moga bermanfaat untuk semua....

    ReplyDelete