Wednesday, May 16, 2007

bebelan semata

tadi kontraktor telekom datang membaiki line telefon yg putus akibat kilat.internet masih belum boleh digunakan memandangkan line streamyx memerlukan kepada pihak atasan membaiki sesuatu yang mereka gelar cabinet.saya tidak dapat meng’access’ internet selama hampir seminggu.jikalau dahulu,pasti saya rasa gelisah.sekarang,alhamdulillah,ketagihan itu telah berjaya saya kurangkan setelah beberapa kali streamyx down.
Betullah seperti firman Allah yang yang berbunyi;
“Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu ,dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui segala yang kamu tidak mengetahui”(2:216)
Sememangnya Allah lebih mengetahui dalam segala hal.Kemungkinan ramai calon spm 2006 yang tidak mendapat tempat di upu ada hikmahnya.mungkin mereka telah ditakdirkan untuk menaikkan semula mutu pusat matrikulasi masing-masing.
Kembali kepada kontraktor telekom sebentar tadi.kebanyakan system di Negara ini memerlukan manusia sentiasa merujuk kepada pihak atasan,sementara pihak atasan tadi akan merujuk kepada pihak yang lebih lebih berkuasa,dan begitulah seterusnya.sistem ini merupakan system hierarki seperti yang kita lihat dalam sejarah peradaban dunia.tanpa system ini,semua orang ingin mendengar arahan sendiri dan berlakulah kucar-kacir.
Di dalam islam,kita hanya mempunyai satu tuhan,dan semua manusia adalah sama disisi Nya.hanya ketaqwaan yang membezakan darjat seseorang.Dalam segala hal,semua manusia sentiasa merujuk kepada ayat-ayat Allah.
Pada tahun lepas,ketika streamyx belum dipasang di rumah saya,pihak berkenaan memberikan alasan di perumahan kami belum boleh dipasang memandangkan kawasan baru,sedangkan,jiran kami,telah hampir setahun mereka menggunakan streamyx.Baba telah mengambil inisiatif untuk menghantar email terus kepada CEO syarikat terbabit,mengatakan beliau mengakui yang beliau hanyalah rakyat biasa,bukan menteri,bukan wakil rakyat,malah bukan presiden amerika syarikat.Beliau hanyalah rakyat Malaysia yang biasa yang memerlukan internet di rumah.ayat-ayat dalam surat tersebut agak sarcastic,namun saya rasakan patut kerana semua permohonan sebelum ini tak dilayan.
Keesokan harinya,technician telah datang untuk memasang streamyx.Hari seterusnya,lebih sepuluh kereta pegawai datang berasaingan, memeriksa sama ada streamyx boleh digunakan.Dalam system di malaysia hari ini,terdapat terlampau banyak peringkat,yang sebahagian daripadanya mengamalkan rasuah dan tidak menjalankan amanah mereka,kerana itu sistem hierarki sering tak berkesan.salah siapakah?

No comments:

Post a Comment