Thursday, May 31, 2007

berpeganglah~

{copy pasted}
Baru-baru ni ketika saya nak ke
surau berdekatan dgn rumah saya untuk
solat Isyak, seorang pakcik berjanggut
putih dan berjubah putih dari jauh
melemparkan senyum kepada saya.
Kerana masih ada banyak waktu, saya
tunggu pakcik berjanggut putih dan
bertongkat yang tidak saya kenali
itu.. Timbul di hati saya untuk jalan seiringan
ke surau.

Bila beliau hampir pada saya, kami
saling memberi salam. Orangnya sudah
berumur. Tiba-tiba, pakcik itu
memulakan perbualan. Beliau cakap
dalam bahasa Melayu dan Inggeris (speaking
London lagi) yang agak baik.

Beliau cakap semua ayat Quran baik
dan penting, tapi ada tiga surah yang
beliau 'pegang' betul-betul
,
dan
beliau nasihatkan saya supaya pegang
betul-betul juga. Beliau juga
nasihatkan saya supaya pesan pada anak-
anak
supaya pegangnya betul-betul.

Pertama; kata beliau, Surah Al-
Fatihah. Selain penting untuk sah
solat, ia
juga ada doa minta bantuan Tuhan dan
mintak tunjukkan jalan yang betul.Mudah-mudahan dengan 'menjaga'
bersungguh-sungguh Surah Al-Fatihah,
akan
terbuka pintu bantuan dan jalan yang
betul untuk kita, kata pakcik.

Kedua, Surah Al-Ikhlas. Surah ini,
katanya, surah tauhid. Kita mesti
ingat
Tuhan itu Esa dan semua amalan mesti
untuknya. Tak guna buat baik tapi tak
ikhlas.

Ketiga, Surah Al-Kafirun, kata
pakcik. Bahagian ini, menarik sikit.
Pakcik tu cakap surah Al-Kafirun ada kena
mengena dengan zaman sekarang, zaman
globalisasi. Dalam zaman
globalisasi, katanya, anak-anak saya
mesti diajar
supaya pegang betul-betul surah itu.
Sebab, dalam zaman globalisasi, anak
saya mungkin kena kerja atau belajar
sampai ke Amerika atau ke mana-mana.
Kalau dia pegang pada surah
Al-Kafirun,insya-Allah, dia akan selamat, kata
pakcik. Dia akan bergaul dengan orang
beragama lain, tapi dia
sedar 'untukmu agamamu, untukku
agamaku'. Betul
juga, fikir saya.

No comments:

Post a Comment