Wednesday, May 9, 2007

tok's perkembangan

assalamualaikum.
hm.tok dijadualkan untuk pembedahan hari ini,pada jam 10 pagi tadi.unfortunately,ada komplikasi dan pembedahan terpaksa dibatalkan.darah tok lambat membeku.atas sebab itu juga,tok dihantar ke ampang puteri specialist hospital dengan menaiki ambulan untuk satu prosedur lain.

sebenarnya,kanser pankreas tok boleh dikatakan masih pada peringkat awal.namun lokasinya yang sangatlah 'strategik' menyebabkan doktor kata bila-bila masa sahaja ia akan merebak ke hati.jikalau keadaan ini berlaku pada pesakit muda,pankreas akan dibuang,tetapi memandangkan umur tok yang sudah lanjut,doktor berpendapat tiada guna untuk membuat curative surgery.lagipun,pembedahan itu sangat delicate dan mereka bimbang tok tidak mampu bertahan.terdapat terlampau banyak salur darah di pankreas dan organ itu sendiri bersambung dengan berbagai-bagai organ lain,yang menurunkan lagi kadar peratus kejayaan pembedahan itu jika pembedahan tetap dijalankan.

pembedahan yang sepatutnya berjalan pagi tadi hanyalah pembedahan untuk meng'clear'kan saluran yang tersumbat dan mengeluarkan najis-najis beracun sekaligus menyembuhkan demam kuning yang tok alami.masalah itu turut berkaitan dengan jaundice-tak tahu eja,will check it later-.secara keseluruhannya,doktor-doktor pakar telah membuat keputusan untuk hanya membuatkan tok lebih selesa,dan bukan menyembuhkan kanser tok.salah seorang doktor pakar yang juga merupakan sahabat baba yang telah kami rujuk untuk 2nd opinion menasihatkan kami agar menghargai setiap hari yang ada,dan take a step per day.it is a blessing in disguise kata mereka,kerana keadaan tok membuatkan kami lebih menghargai kehadiran seorang nenek.

namun,yang saya risaukan adalah umur tok.kalau nak ikutkan,tok wan(moyang saya),dan adik-beradik tok majoritinya umur panjang-panjang belaka,mereka mencecah umur 100 lebih sebelum akhirnya menghembuskan nafas yang terakhir.saya bimbang jika umur tok ditakdirkan masih panjang,kanser tok akan melarat dan membuatkan tok menderita dalam kesakitan.wa nauzubillahimin zalik ya Allah.kau matikanlah beliau dan keluarga kami dalam husnul khatimah dan dalam keadaan yang tenang ya Allah.kau ampunkan lah semua dosa-dosa kami dan letakkanlah kami dalam golongan para solihin yang ENGKAU redhai.amiin.

kepada semua pembaca blog ini,terima kasih kerana sudi meng'aminkan doa ini.sekian wassalam.
(baru dapat berita ambulance dah sampai di tawakal untuk bawa tok ke ampang puteri.kesian tok,pembedahan delay,sedangkan tok puasa sejak 12 tgh malam semalam)

No comments:

Post a Comment