Friday, June 15, 2007

tiada kali kedua

Akhlaq itu bukan lalang
Tumbuh sendiri di tanah lapang
Tak perlu baja, tak perlu dijaga
Naik sendiri tumbuhnya melata
Akhlaq itu adalah buah
Tumbuh bergantung di pohon berakar
Perlu dibenih agar bercambah
Dibaja subur hingga membesar


Nih sebahagian drpd puisi yg saya jumpa di blog ustaz hasrizal
Petang tadi serasa saya puas syaitan menggelakkan saya terbahak-bahak.saya buat perkara yang saya amat sesalkan dalam SEDAR.harapnya kali pertama tadi tidak mengundang kali kedua..benarlah,biasanya prinsip yang cuba kita pegang paling kuat akan diuji paling hebat.
Semuanya akibat saya tak reti nak cakap NO,yang datang dari sikap saya yang suka lari dari masalah.oh bagaimanakah saya akan elak berulangnya peristiwa tadi lagi?saya x nampak lagi caranya.
layukallifullahunafsanillawus’aha..
ya,saya yakin dengan itu!pasti saya mampu.dan alhamdulillah sudah nampak hikmahnya selepas maghrib tadi.
Untuk kuatkan saya.
Saya terfikir,alangkah bagusnya kalau dosa kita tu macam chicken pox.sekali manusia kena,terus terhasil antibody.tiada kali kedua.bukan macam selsema.sekali terhasil antibody,virus selsema jenis lain pula menyerang,dan kita kena selsema 4 the 2nd time.sigh~tapi ya,ada juga caranya untuk elak selsema kali berikutnya bukan,dengan vitamin secukupnya.ya,itulah yg saya akan dapatkan sekarang.saya ingin ‘sihat’ seperti di zaman kanak2 dahulu.suci tanpa sebarang dosa.
perlu teguhkan benteng iman,runtuhkan benteng nafsu.

1 comment:

  1. cant help myself..
    this entry simply deserves two thumbs up!!

    ReplyDelete