Sunday, April 6, 2008

hadith 42

bismillahirrahmanirrahim
Daripada Anas r.a. beliau berkata: Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda:
Allah Ta'ala berfirman: Wahai anak Adam! Selagi mana engkau meminta, berdoa dan mengharapkan Aku,Aku akan ampunkan apa-apa dosa yang ada pada dirimu dan Aku tidak peduli. Wahai anak Adam!Seandainya dosa-dosamu banyak sampai mencecah awan langit kemudian engkau memohon ampun kepadaKu, nescaya Aku akan ampunkan bagimu. Wahai anak Adam! Sesungguhnya engkau, andainya engkau datang mengadapKu dengan dosa-dosa sepenuh isi bumi, kemudian engkau datang menghadapKu tanpa engkau mensyirikkan Aku dengan sesuatu, nescaya Aku akan mengurniakan untukmu keampunan sepenuh isi bumi.
Hadis riwayat al-lmam al-Tirmizi. Beliau berkata ia adalah hadis hasan sahih.
Allah Maha penyayang,lately it means more to me now.bukan sekadar satu lg sifat Allah yg Maha Esa yg dihafal saban hari sejak kecik.teringat kak aqilah zainordin pernah cakap, sifat Allah ni,kalau satu je pun,jika dihayati betul2,mampu buat kita beriman dgn sesungguh2nya.
bincang2 reramai dgn kak syida hartu,timbullah suatu issue yang dengan spontan kami namakannya "cukuplah".
cukuplah sekadar melakukan amalan fardhu.cukuplah jika sekadar tegur sekali.
cukuplah sekadar belajar pasal mcm2,without even thinking of applying em.
cukupkah?
will try to write abt in in another post.
btw,last tuesday,kak zai asked us:pernah tak rasa mcm dah nak mati esok hari?
ana:bile demam (sakit) teruk.
me:bile diingatkan.
falikulliummatinajal,ingatlah mati,entah esok entah lusa,entah sebentar lg.dah cukup ke amal nak bawak masuk kubur?nak bawak jumpa Dia,dah ade ke answers for all the questions that will be asked?sudahkah anda hidup dengan cukup berfaedah?
semoga berfaedah,ameen.
p/s:cuak abg bawak 150km/h tadi.

2 comments:

  1. belum cukup..
    peringatan yg bagus.
    teringat k.MJ penah kata,
    dia penah terpk
    'mcm mane kalau bgn2 esok pagi, ttibe ada seruan juang. dah bersediakan kita menyahutnya?'

    jwpn ada pada diri.
    excuse tidaklah cukup.

    p.s. berjuanglah dgn pena dan kertas setiap hari. berjuang, dengan gigih^^ Allah bersama mrk2 yg mahu berusaha.

    ReplyDelete
  2. owh kt pnah terasa mcm dah nk mati esok ; bila tgh malam,n bilik tgh gelap.uhhh.lagi feel bila ada ambulans lalu n anjing kt seblah umah g mnyalak pulak..ui,haru!

    ReplyDelete