Tuesday, June 17, 2008

Jaulah to PD~

bismillahirrahmanirrahim,going to be a VERY long one.
JUMAAT:
Pagi tu selesaikan beberapa perkara di taylor’s.Hari yang agak hectic kerana bateri phone mati, terkunci dalam apartment,etc.Tapi alhamdulillah berakhir dengan baik, I checked out from Ridzuan that afternoon and later merempat at ishmah’s house, beramah mesra dengan housemates ishmah dan ana yang baik hati:ain SAM, nani,nabilah,ikin.


Malam tu,kak syida datang menjemput,pening betul nak sort transport, kak syida suruh saya bawak kereta tapi tak beranilah pulak sebab malam,dan taktau jalan.hu.but alhamdulillah Nurul berani bawak, and we arrived safely at kak syida’s house in kelana jaya around 11pm dan terus makan nasi goreng yang sedap.
Esoknya,bangun untuk subuh, ma’thurat,mandi, makan.Then,bertolak ke ktm seremban untuk konvoi dengan ct farah yang menjemput kak zai,ana,ain dan dayah.dj tak jadi ikut last minute kerana ada hal. Beramai2 kami ke hospital untuk berjumpa dengan kak mum(mumtaz) yang bawa Umar Mujahid yang berusia 15 hari untuk check up. Sambil tunggu kak mum, kitorang pekena minum dulu di kedai melayu berhampiran.

Dayah + Ain's breakfast.


Kemudian, pergi ke rumah kak mum yang landscape nya sangat cantik, dan dihidangkan minuman lagi. Kali ni dapat jumpa sendiri kak mum yang masih kesakitan kerana bersalin Caesar disebabkan masalah tulang belakangnya. Kebetulan kak pija juga datang, jadi berkenalanlah beramai2.Kak mum was also once a taylorian, katanya batchnya adalah pioneer scholars di taylor’s setelah beberapa lama tiada scholars, dan batch yang merasmikan ridzuan juga.dan rupa2nya, rumah yang wani duduk sekarang adalah rumah kak mum dulu.kami terus bercerita sambil bertaaruf.bila sumayyah mujahid anak sulung kak mum bangun, kami main2 pulak dengan sumayyah yang pada mulanya garang kerana baru bangun tidur.
Tapi lepas tu dia friendly dan mahu didukung.imut bangat!


Sumayyah bersama one of her relatives.

Kemudian kami bertolak 3 kereta ke PD, kak syida bawak myvi, ct farah bawak naza sorento, dan kelisa yang tadi dipandu Nurul kini dipandu oleh kak zai pulak.
Kata kak syida patutla laju sikit,heh.

konvoi!


Sampai di PD around 3 pm, masa tu semua dah lapar,tapi tetap jakun dengan resort yang sangat cantik!Pada mulanya terpegun bila lalu hotel yang abang duduk, corus hotel kerana dia ada reunion alamin pada weekend yang sama.kebetulan yang telah ditetapkan,heh.tapi rupanya resort kami jauh lagi cantik!


Ilham resort milik PNB,dapat murah amat sebab kak syida staff.

Checked in, jakun lagi tengok apartment yang menarik hati.
Setelah solat jamak,kami bertolak ke pantai untuk lunch.makanan yang simple terasa sedap kerana makan beramai2.pantai tu sangat ramai orang.selesai makan, kami bertolak ke pantai tanjung biru pulak untuk survey pantai yang sesuai untuk agenda esok hari.
Jumpa!not as many people, dan pasir pantainya halus sahaja.bersih.


We waited for quite a while to watch the sun sets, sambil bermain pasir dan bola yang ana beli.tapi tengok sunset bukan tengok kosong,sambil berdiskusi serius tentang perkataan saujana, dan personality orang yang bernama syahidah,(kak syida yang start the topic,about her own name,haha)kelakar betul.
matahari MASIH terbenam di sebelah barat,alhamdulillah.

Menghampiri maghrib,kami pun pulang ke resort untuk isoma, dan meneruskan agenda dengan ‘bedah’ surah luqman serta nawaitu pergi PD.kata kak zai,surah luqman ipilih untuk soothe some of us yang sedang dan masih bersedih tentang result.hu.kemudian,masing2 kongsi cerita masing2,walaupun penat,sangat menarik apa yang kami dapat.Akan dikongsi later 6 points kepentingan meletakkan priority. wani serta ishmah pula berkongsi cerita sedih mereka, and how they turn to all of us for support.sungguh menyentuh hati.saya kata pada azie, terasa sungguh3 disayangi(bila berada dalam kelompok usrah ni)! Malam tu, kononnya mahu main game di pool,tapi semua keletihan amat setelah satu hari berjalan.makanya plan diganti dengan tidur, dan merancang by 5 am semua mesti dah bersiap untuk agenda pagi tu.


SABTU:
Malangnya,semua terlambat bangun.kak zai kejut,tengok2 jam dah pukul 5.30!
Segera bersiap,tapi memandangkan kelajuan bersiap setiap orang berbeza,pukul 6 baru dapat bertolak ke pantai tanjung biru.Tapi,ramainya orang dah bangun, sebab ada yang camping di situ.Maka kami pergi ke pantai cermin. Alhamdulillah sepi tiada orang, dan terus melaksanakan agenda yang paling ditunggu!

Solat di atas pasir pantai,menghadap laut dan langit yang saujana terbentang.
Subhanallah,susahnya nak dapat perasaan tu lagi.imam pula baca surah luqman yang baru belajar tafsirnya semalam,menambahkan kekhusyu’kan masing2.
Kata ct farah, dia notice ada couple yang lalu ketika kami sedang membaca ma’thurat, dan mereka pandang dengan muka yang sangat pelik dan terkejut.haha~

Kemudian, kak syida bedah pulak ada satu buku ni, yang kurang ingat tajuknya apa, tetapi tentang ibadah.Sungguh menarik kisah ibn Qayyim yang solat di kebun, kemudian terleka melihat burung yang terbang sehingga terlupa berapa rakaat sudah ditunaikannya.Maka beliau pergi jumpa Rasulullah saw dan menginfaqkan kebun tersebut untuk menebus rasa berdosa beliau.Sungguh menakjubkan bukan?kita selalu je terlupa berapa rakaat dan terus melakukan sujud sahwi(tanpa rasa apa2kah?).hurm.Kemudian kisah Saidina ‘Umar pula yang lebih kurang kisahnya.


Selesai tazkirah, kami sempat tengok sun rise.Bila matahari dah terbit, baru faham kenapa pantai tu takde orang.haha.Pantai tu berpaya rupanya.jadi banyaklah kayu2 yang terdampar di tepi laut.tapi alhamdulillah,tempat yang kami solat memang bersih amat. SAmbil tengok sun rise, kami bersenam di lead oleh wakil volley negeri dan wakil bola jaring negeri Perak (merangkap juara silat kebangsaan) masa zaman sekolah dulu. And we learned something new, heh.

(gambar last dengan my camera sebab habis battery,lupa bawak charger!xde rezeki~)
Perut masing2 dah berbunyi,so kitorang pergi cari nasi lemak di pantai tanjung biru.makan di tepi pantai, sambil tengok orang mandi. Dan lepas tu kami pun masuk laut yang sangatlah cetek!We could walk until the middle of the ocean siap boleh bersila lagi di dasar laut walaupun dah jauh sungguh pergi. Kemudian, kami naik banana boat yang capsize twice. Sangatlah best,tapi sakit hidung banyak air masuk.hu. Selesai di laut, kami sambung di swimming pool di resort pulak.main bola,seronok sungguh.
Kira2 jam 11, kami cepat2 naik dan bersiap2 untuk check out. Last sekali, konvoi lagi kearah seremban untuk cari makan. Malangnya, tak berjumpa dengan R&R yg best untuk makan sebelum simpang ke seremban. Kami berhenti di tepi high way untuk bersalaman kerana hanya kereta ct farah akan ke seremban untuk naik ktm, dia akan tinggalkan kereta mak ayahnya di seremban .Myvi dan kelisa pula akan straight ke subang jaya. Saya akan terus balik naik ktm ke arah kl, maka berpisahlah dengan kak syida,kak zai, dan kawan2 didalam kereta yang akan ke subang.sedih betul berpisah macam tu je.taktau bila lagi akan ketemu diorang as I am no longer staying in Ridzuan.hopefully this will not be our last meeting,insyaAllah.

Btw, kereta yang meuju ke Seremban meneruskan perjalanan ke rumah ct farah.stop makan di restoran asam pedas melaka yang mahal bangat.kemudian solat di rumah ct farah yang sangat cantik dan simple!definitely my taste.Rata2 décor nya semua bertemakan putih,hu. Selesai solat, jam 3 kami bertolak ke station ktm dengan menaiki taxi. Ct farah berhenti di Serdang, saya berhenti di kl central while the others meneruskan perjalanan ke subang jaya.

I arrived in Gombak at around 5,dan taxi tiada.penatnya nak cari taxi. Called my father, rupanya baba memang sudah sedia menunggu! Nasib baik taxi takde, kalau tidak pasti tak tau my parents sedang menanti.hu.
Sayang korang sangat!!
Uhibbuki fillah

4 comments:

  1. ain,cepatnye ko dtg.
    aha.
    ko on ym tak nih?
    mau gmbar?ko ad gmbr dayah's cam tak?wani ke?

    ReplyDelete
  2. Tiqah,
    akak copy your entry psl pd ni into my blog (yg sgt2la dah lama x update, hehe). izinkan ye... ;-)

    ReplyDelete
  3. kak syida!
    bleh aje.
    tp url blog akak ape?

    ReplyDelete