Monday, June 2, 2008

oh pokok mangga~

bismillahirrahmanirrahim,
korg nak tau tak kisah pohon mangga?
Alangkah kuat akarnya, tidak boleh ditarik begitu sahaja.
Alangkah tinggi tumbuhnya, banyak cabangnynya, daunnya pula rimbun, dan buahnya bagus skali.
Sebab:Benihnya sangat baik, maka memang layak untuk sgala tanah,air, udara dan suhu semua berganding tenaga untuk memberikan keperluan pokok tersebut.

Berlawanan pula dengan pohon willow.
Anak kecil skalipun mampu menarik akarnya.
Bila dimakan buahnya, lidah terasa pahit.
bila disentuh manusia pula habis terluka dek duri-duri tajam.
Mereka tidak punya sebarang kekuatan diri atau kemampuan, malah melukakan.

Namun sudah lumrah, apabila tiada pohon mahu tumbuh, maka bumi akan bosan menganggur, lalu membantu semak samun untuk tumbuh. Air, udara, tanah dan yg lainnya juga membantu sedikit. Namun tiada satu unsur di langit mahupun bumi yang mahu mengakui hak hidup tumbuhan2 ini, sebab tulah akarnya sikit sahaja yg masuk ke bumi.

Maka terbuktilah kita tidak boleh biarkan jiwa kita kosong tanpa tumbuh apa-apa pohon.
Kerna pasti akan ada unsur lain yang akan tumbuh, ingat, bumi mudah bosan menganggur!~Maka isilah jiwa anda dengan benih yang bermutu, seperti benih buah mangga.
=D

Adapted from dasar2 islam by almaududi, yang ambil perumpamaan pohon yg baik dan pohon yang buruk dari surah ibrahim,24-27.

p/s:sgttt suka buah mangga;D

1 comment: