Friday, June 20, 2008

prioriti+percaya

bismillahirrahmanirrahim
Kepala rasa kosong sebenarnya.
But the more I postpone this entry, I’d forget everything that I wanted to say.
Kenapa kita perlu meletakkan priority?
Teringat kata kak zai dan kak syida, adakah Rasulullah menyebut dengan spesifik, tidak dibenarkan ___?
Kadangkala, kita terlampau menitik beratkan ranting daripada benih yang mencambahkan akar. Padahal, mutu benihlah yang menentukan keelokan akar,ranting serta buah. Masa zaman jahiliyyah dahulu, Rasulullah biarkan dahulu akhlak mazmumah penduduk Mekah, ditanamkan terlebih dahulu iman dalam dada mereka. Bila dah yakin sesungguh hati, bila sudah percaya, ketika perintah pengharaman arak secara total juga semua ikut tanpa rasa berat hati, walaupun arak was part of their everyday routine. Semua arak dibuang serta-merta.


Kerana mereka percaya.

Tapi zaman sekarang terbalik, kita lebih suka berdebat tentang fiqh dan hokum hakam di saat kita sendiri tidak benar2 tahu kenapa kita perlu ikut hukum2 tersebut. Jikalau melihatkan pada turutan phrase “amar ma’ruf, nahi munkar” sekalipun, perbuatan menyuruh kepada kebaikan disarankan dahulu, baharulah mencegah apa yang salah.
Allah sendiri telah bersumpah demi masa, sesungguhnya manusia itu rugi, melainkan yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.Lihat sahaja turutannya. Well, bahasa Al-quran itu sangatlah indah, setiap minute details pasti ada significantnya.jom baca dengan hati! (10:57)


p/s:sebab tu pentinggg sangat, kita berusrah dan 'belajar', semoga itu dapat menguatkan aqidah kita.
Ketika perbincangan mukaddimah zilal, June 14th.

3 comments:

  1. hmmm....betul, betul...
    kadang2, ramai terbeban dengan tanggungjawab melaksanakan perintah Allah tanpa mengetahui apa tujuan ia diciptakan. Sebab tu, ramai yang tersasar daripada jalan yang lurus. Mungkin bagi mereka yang beergelar da'i, perlu berusaha dan membentuk methodologi untuk menanamkan pemahaman aqidah dalam diri mad'u mereka. Mungkin boleh melalui usrah.

    hehe...just a thought or two from me.

    ReplyDelete
  2. thanks for the thoughtful comment!~

    ReplyDelete
  3. ikut krn benar2 percaya:mcm kisah hajar setuju dtgglkn nabi ibrahim di pdg pasir yg tade pape.sbb percaya(baca:aqidah)

    ReplyDelete