Thursday, October 9, 2008

ujian=kurniaan

bismillahirrahmanirrahim,
33. Dan apabila manusia disentuh oleh sesuatu bahaya, mereka segera berdoa kepada Tuhan mereka dengan keadaan rujuk kembali bertaubat kepadaNya; kemudian apabila Allah memberi mereka merasai sesuatu rahmat daripadaNya, tiba-tiba sebahagian dari mereka mempersekutukan sesuatu yang lain dengan Tuhannya;

34. Dengan sebab itu, mereka mengingkari nikmat-nikmat yang telah Kami berikan kepadanya. Maka: Bersenang-senanglah kamu (bagi sementara), kemudian kamu akan mengetahui (balasan kederhakaan kamu).

36. Dan apabila Kami beri manusia merasai sesuatu rahmat, mereka bergembira dengannya (sehingga lupa daratan) dan jika mereka ditimpa sesuatu bencana disebabkan apa yang telah dilakukan oleh tangan mereka sendiri, tiba-tiba mereka berputus asa.

37. (Mengapa mereka bersikap demikian?) dan mengapa mereka tidak melihat (dengan hati mereka) bahawa Allah memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendakiNya (sebagai cubaan adakah orang itu bersyukur atau sebaliknya) dan Dia juga yang menyempitkannya (sebagai ujian samada diterima dengan sabar atau tidak)? Sesungguhnya hal yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan: kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang beriman.
Ar-rum 33-34, 36-37.

kata kak shida pada minggu final exam; "akak sengaja pilih ayat ni sebab budak icpu nak exam, smiles =) "

walirabbika fasbir!

quoting a maresmartian in his blog, “Jiwa yang kacau, perlu dikawal. Kerna, ia lebih mudah berbolak balik dari air yang menggelegak.” dan "The result of zikrullah is tremendous. JIWA jadi penyayang, kerana diridhoi yang Maha Penyayang. 12 charateristics. Simply analyse Surah al-Furqan, from 61 to 77"

i cant agree more.sesungguhnya, kalau sudah tahu diri itu sakit, silalah pergi berubat. dah tahu diri itu tidak bersedia, pergilah bersiap siaga! kadang manusia itu terlalu sombong untuk tidak notice semua ini. maka Dia panjangkan ujian sehingga manusia itu sedar.sangat bersyukur kerna Dia Maha Penyayang. saya ada Dia!!! rahmatNya tidak putus walau saya sombong dan lupa.dan dulu saya sangka saya mengerti makna ujian=kurniaan. allahua'lam.

p/s:doakan midterm saya ye.tinggal chemistry dan algebra next week.
kata baba:hai, takkan first year dah nak mengeluh?

4 comments:

  1. all the best, ika!
    miss you like gilaa!
    <3

    ReplyDelete
  2. Allah Maha Adil..
    DIA tahu apa yg DIA lakukan..
    Bila kita lemah,br lah kita sdr nak cr DIA blk..

    ReplyDelete
  3. betul tu atiq!
    xkan first year dah nk mngeluh?

    maka,mari mngeluh ms first sem.

    ReplyDelete
  4. 2hakimaa:tuhla, susah betul mau contact awk.tp tape.bizi kan?chayok2 stdy!
    2belacan:kwn athe ye?thx 4 d visit.betul3,stuju!
    2athe:haha.kite gelak bace.

    ReplyDelete