Tuesday, December 2, 2008

aku mengintai langit

bismillahirrahmanirrahim,disalin tampal dengan izin dari sini.and yeah, i am so into skies and moon eversince i am in ottawa.
Aku Mengintai Langit
aku mengintai langit
mendungnya seakan menangisi silamku
namun,tenangnya masih terasa
aku mengintai langit
tenangnya, kerana Dia ku kira tidak pernah melupakanku
tenangnya, kerana setiap dosa dibalasi-Nya dengan nikmat tak terkira
aku mengintai langit
tenangnya, kerana masih ada yang membimbingku
tenangnya, kerana hati tidak pernah berat mengikuti mereka
aku mengintai langit
seakan-akan, Dia turut memandangku
seolah-olah, berlakunya taaruf antara kami
aku mengintai langit
perkenalan kami semakin jitu
serasi kami sangat luar biasanya
aku mengintai langit
hatiku mula diselubungi rindu
rindu yang membuak-buak dan membara di dada
aku mengintai langit
mengharapkan Dia juga merasakan perkara sedemikian itu
namun, siapalah diriku untuk mengharap dan berbicara
aku mengintai langit
awan mendung terbelah seribu
cahaya rahmat terpancar di celahan rekahnya
aku mengintai langit
seolah Dia tersenyum padaku,
dan senyum kembali diriku
kini ku tahu, diri ini masih dipayungi rahmat-Nya
aku mengintai langit
dengan penuh kesedaran dan kesyukuran
bahawa diri ini sebenarnya layak menagih cinta-Nya
bahawa diri ini sentiasa disinari cahaya kasih-Nya
dari dahulu hingga sekarang detiknya
nikmat-Nya padaku sebagai perhitungan
masakan bisa aku lupakan
malahan wajib, selalu aku sebut-sebutkan
aku mengintai langit
cintaku akan-Nya semakin menebal
setiap urusan mula berpaksi nama-Nya
malamku berakhir dengan segala puji bagi-Nya
pagiku bermula dengan seru panggilan-Nya
begitulah hakikat cintaakan ku terus mengintai langit
agar tiada tertinggal, sesaat pun aku mengingati-Nya
Wan Ahmad Syahir
22 Sya'aban 1429
23 Ogos 2008
0733 pagi Melbourne

1 comment:

  1. langit..
    never failed to move me..
    jalan memane pon ku akan tgk langit..
    best baca..
    moved me.. i guess..
    especially bila langit itu tersenyum.. hmm...
    langit itu sentiasa dekat di hati..
    mendekatkan lagi kepada-Nya

    ReplyDelete