Thursday, December 18, 2008

setahun sudah

bismillahirrahmanirrahim,

as typed on december 2nd:
sedari kecil setiap kali mahu exam pasti baba akan call tok kedah, memberitahu perihal cucunya, minta agar kami didoakan, etc2. dan baba akan paksa kami cakap dengan tok. being one of the last grandchildren, membuatkan kami adik beradik tak punya banyak topik untuk disembangkan dengan arwah tok kedah.
khamis ini saya final, walau secara tepatnya telah bermula khamis lepas. dan kini saya hanya punya seorang nenek dan seorang datuk cuma untuk ditelefon dan minta didoakan. i texted tok pj, wishing her birthday. (wanted to call, but its hard to find the right time because of the 13 hours difference). i told her that i would call her sometime tomorrow, dan bilang awal-awal call dari sini sangat murah! kalau tidak pasti tokwaji mahu letak awal, risau cucunya habis duit pada bil telefon cuma.hu.
btw, i never thought that i would miss arwah tok kedah so much, that i would feel the loss. (not saying that i wasn't sad when she passed away, i even cried, but you know what i mean). i was so wrong. i still remember the days when all the girls and women would gather at the bangsal belakang rumah di baling, dan memasak beramai-ramai. arwah tok would sit in the middle, giving orders what to cook. all the young granddaughters would be busy asking whether we are doing the right thing the right way. dan pasti tok membebel bawang tidak cukup halus, cili salah potong, saiz ketupat tak sama, ikan yang disiang hancur, etcetra etcetera. "che'! lagu ni.."("nak, macam ni"). and the aunties would smile.
also i remember the first time when she was suffering with pain in her stomach(because of the cancer), she would lie down, with kak mahani mengurut, kerana kami semua ingat angin. tapi itu tidak menghalang arwah untuk membuat kerja, walau arwah sudah mengurangkan aktiviti memasak. geram melihat pokok pisang yang ammar tanam tidak terjaga, arwah pergi tebas rumput-rumput di pokok. arwah pergi membelai pohon pisang yang kini dah berbuah itu. "pokok yang arwah tok jaga," as umi puts it.
juga tika arwah terlantar sakit di hospital, dan tetamu datang berziarah, bising mulut arwah bertanya dah hidang makanan pada tetamu atau belum, and mind you, we were at a hospital! betapa beliau sangat prihatin pada orang, sejak zaman arwah sihat lagi memang begitu. risau jika orang kampung ada yang tidak cukup pakaian pada hari raya, beliau akan pergi membeli kain untuk disedekahkan(i used to help tok choose kain pelikat when i was 7 or 8, walau citarasa kami obviously berbeza=))atau ada anak yang tidak terbela di kampung, pasti dia bantu persekolahan mereka.ayam itik usah cakaplah.kerna itu arwah memang tidak betah tinggal bersama anak-anak di kuala lumpur.
selepas arwah diserang strok, saya masih ingat, tika itu saya sudah agak lama tidak menziarah kerana kolej tidak cuti. dan tika saya ziarah beliau di hospital tawakal, tanya khabar, mencium dahi dan pipinya yang sejuk, tok senyum lebar-lebar, walau tidak mampu bersuara. saya masih ingat senyuman manis tok itu, arwah nampak sungguh tenang dan ayu!sungguh! walau berat arwah tidak sampai 30kg waktu itu, cengkung dan susut sungguh, kulit pun sudah sangat kering bagaikan kertas. walau terlantar begitu, arwah tok masih mahu gembirakan anak cucu.
awal disember, saya tamat periksa semester satu di taylor's. dan tiba lah giliran saya pula untuk jaga tok, bergilir-gilir dengan sepupu yang lain kerana selama ini saya hanya mampu jaga di hujung minggu. tapi ditakdirkan, saya kata pada ummi, saya mahu keluar dengan kawan pada 8 disember, dan saya berjanji akan terus menjaga tok selepas itu. ummi bersetuju sahaja memandangkan saya baru sudah tension yang amat kerna finals. maka ahmadlah yang menggantikan giliran saya itu.
dan ditakdirkan, malam jumaat, 7 disember, kira-kira 2 pagi. arwah tok sesak nafas, ahmad dan mnyah berusaha menepuk2 belakang untuk mengeluarkan kahak. ija dan kak ari tika itu baru masuk tidur, kerana baru sudah giliran menjaga tok. namun dipanggil juga dan mereka sudah berkira-kira mahu bawa ke hospital. everyone thought that it was just another difficulty breathing. ahmad call ummi, tapi ummi serba salah mahu kejut baba yang baru masuk tidur.baba sudah seminggu tidur hanya beberapa jam kerana berulang alik bawa kami melawat tok di putrajaya setiap malam, dan berjaga pula selepas itu menyiapkan presentation untuk mengejar deadline projek.maka kata ummi, tunggu lagi setengah jam, then they would go straight away.
10 minit selepas itu, ahmad call lagi, dan suruh datang juga. maka ummi baba bersiap-siap kelam kabut, tanpa sempat mengejutkan saya. di putrajaya, mnyah sudah mengajar tok mengucap. dan buat pertama kalinya juga di hadapan orang, ahmad menangis, dan ayat tepat(seperti diceritakan) "mnyah, tok dah takde". ahmad mesej umi memberitahu hal itu tika baba n ummi di ulu klang. bunyi sahaja phone, baba bagai sudah dapat mengagak, terdistract driving beliau sebentar. alhamdulillah tiada apa-apa berlaku.
phone saya kebetulan di silentkan malam itu, maka 6 misscalls berlalu tanpa saya sedar, sehinggalah kak susi ketuk bilik kira-kira jam 3. maka kakak di bristol tahu berita ini lebih awal. abangcik bawa umi pulang ke rumah(dari putrajaya).kami bersiap-siap, jemput abang di uia,kira-kira jam 5.45 terus bergerak konvoi dengan sepupu-sepupu pulang ke baling, (jenazah tok terlebih dahulu dibawa oleh ambulan).tok pj(my maternal grandmother) turut serta, dibawa ayah long, kerana hajatnya untuk ziarah jenazah di putrajaya tak kesampaian.alhamdulillah urusan melaporkan kematian pada polis diselesaikan dengan sangat cepat.
jam sepuluh, tiba di vila isma. khemah sudah didirikan.orang kampung melihat sahaja kami tanpa mampu berkata apa-apa. semua tahu, kami keluarga si mati. sampai sahaja, saya terus duduk dengan mnyah,sungguh blur apa yang patut dibantu kerana dapur penuh dengan orang kampung yang tidak dikenali.akhirnya kami membantu beberapa warga tua kampung melipat duit dalam sampul untuk diberikan pada tetamu yang hadir(adat).sambil mnyah bercerita saat-saat tok pergi. katanya, jelas terlihat bagaimana nyawa ditarik dari jasad tok, bermula dari kaki. dan ahmad menangis.

baba pula insisted on me to go and see the jenazah, buka sahaja kain selimut, saya menangis. it was the same room mereka tempatkan arwah an (datuk) dulu. tika saat terakhir sebelum dikafankan, anak cucu dipanggil untuk mencium jenazah buat kali terakhir. i couldnt make myself to go forward and push myself through the crowd, namun kak za nampak, dan teriak"eh ni anak jai kan,pergi cium tok cepat" dan beliaulah yang suruh tetamu memberi saya laluan. i wanted to bring adik to see tok, tapi dia refuse kerana takut melihat tok kaku. well, she was just three y.o.
baba was the last person to see jenazah sebelum dikafankan completely. i still remember the way he was holding on to ammar, walking forward sambil senyum pada tetamu,tapi air mata mengalir laju sebaik sahaja keluar dari bilik yang menempatkan jenazah. itulah kali kedua saya lihat baba menangis(pertama kali dahulu sewaktu arwah an pergi).namun alhamdulillah, semua redha dengan pemergian tok, kerana alhamdulillah kami sempat menjaga dan memberikan sepenuh perhatian pada arwah selama beberapa bulan. kata baba, beliau harap tanggungjawab
sbg anak telah dilakukan secara sempurna.
jenazah selesai ditanam kira-kira selepas solat jumaat. cucu lelaki bergilir-gilir kambus tanah. pengalaman pertama buat hampir semua cucu, kerana masa arwah an dulu semua masih muda, dan masa arwah makndak dan tok ngah, tidak semua yang pulang. cucu perempuan tak berpeluang untuk mandikan jenazah kerana generasi tua terlebih dahulu mengambil tempat. kata kak wa yang memandikan tok hampir setiap hari tika tok sakit, beliau tidak terkilan walau tidak berpeluang mengelap tok buat kali terakhir, bagi peluang orang-orang di baling.
sudah hampir setahun arwah meninggalkan kami. semoga diampuni dosa-dosa hajah saodah binti abu bakar, haji ismail bin che' hassan, ibu bapa mereka, dan semua muslimin muslimat yang masih hidup atau sudah meninggal dunia.semoga arwah ditempatkan disamping orang beriman, aameeen. alfatihah.
dan saya rasa pertama kali hari lahir saya dan abg fie disambut dengan kenduri arwah, mnyah beli juga kek untuk kami. yang gembira:tentulah ammar dan afifah! =)

5 comments:

  1. huhu.
    kite pun ade experience time arwah nenek ksygn meninggal, but mase tu kat mrsm!!dan mase exam..
    sempat tgk jenazah dlm kranda n ms dah kat kubur dah.
    tk sempat jga kt hospital n tk smpat kucup dahi arwah for the last time.sedih.
    pas dikebumikan, kite nangis gile, sbb rs kehilangan sangat!
    ms tu form 1.
    skrg nie, opah kite belah ayah stil ade lagi, n mase die kene warded haritu,kite ulang-alik jge opah cos tknak miss any precious moment lagi!

    ReplyDelete
  2. dunno if i ever told u this, but i kinda envy u guys.
    gotta admit though, my eyes r kinda watery kot baca..
    ku xtau pe rasa ada atuk n nenek.
    belah ayah, mmg da pergi msa ku kecik, so mmg x da memori.
    belah mak, atuk ku da pergi taun 2002 kalo x silap, n ku cam x tau pe nk rasa, cuz, cam x close kot.
    but i did cried a bit, without knowing why. pelik.. huhu..

    n skang, one of the reason yg mata ku a bit watery adalah ayat ur baba.
    harap dah jalankan tanggungjawab sebagai anak.

    kinda jealous ngan my bro n sis yang da kawen n keja.
    dorang da dpt rasa gaji pertama kasi mak ayah. gembirakan mk ayah ku ngan menantu.
    n my time sangat laa panjang lagi.
    lately mmg sangat terasa cam x sabar gila nk abes IB n start working. heh.
    mak ku pon baru je ckp tadi.
    "emi grad dalam 2014.. time tu ibu da 59.. mntak laa dipanjangkan umur.."
    punya laa lama lagi rsanya...
    moga dipanjangkan umur... amiinn...

    ReplyDelete
  3. atiqahmohammadkhuzainiDecember 18, 2008 at 10:19 PM

    chg, yeah,i was touched by what my father said too.igt lg btp terkesimanya waktu tu.n what ur mum said, huk!moga dipjgkan umur dlm redhaNya, insyaAllah.
    well, ada cara lain lg nak gmbirakan mak ayah, not only menantu n graduation.hu.but yeah, phm kot rase tuh.dr kecik my angan2mat jenin includes my first pay.algkh sedihnya kalau mase dpt my 1st pay they r no longer in ths world.nauzubillah.
    mira,hu, itulah.rumate kite bru lps khilgn nenek dia, n she got to know from the neighbours sbb family menyepi.smg awk btemu nenek awk lg thn dpn insyaAllah.

    ReplyDelete
  4. ika..masih teringat sebenarnya ketika melawat rumah nenek kamu di baling tu..dan masih teringat betapa dier berusaha untuk melayan kami sekeluarga..nek saodah. terima kasih kerana melahirkan seorang anak yang akhirnya menjadi bapa kepada seorang cucumu..hu

    ReplyDelete
  5. yeap.. i kno bout that..
    x smestinya itu..
    tp.. ku nk keadaan yang ku x bergantung pada dorang..
    err.. meaning.. cam x nk nyusahkan dorang financially aa kot..
    so at least ku cam balas n dalam masa yang sama x bebankan dorang ngn more duit.. sbb bila jd student ni.. nk pi memane pon, cam perlu duit kot..nk pape, need money and eventually dari dorang gak.. lagi aa segan nk mntak.. i want to work, so i will pay them back, at least with materials. mmg x kan dpt balas balik penuh pon rite?

    tp.. when i put more thinking into it, kita sampai diorang tua pon still akan ada rasa bergantung tu. if not financially, we will depend on them emotionally n for advice. rite? we will always be their lil kids..

    ReplyDelete