Friday, January 2, 2009

hamas terrorist?

bismillahirrahmanirrahim,
aku sungguh tak puas hati ada yang masih menyalahkan hamas atau palestenians kerana menyerang israel.siapa yang menjajah?siapa yang dijajah?ada blog yang memaparkan survey, betapa tinggi peratus rakyat dunia yang menyalahkan hamas atas isu ini. wahai malaysians, agak-agak kalianlah kan, kalau nenek moyang kita dahulu tidak menyerang penjajah inggeris, tanah melayu ini milik kita lagikah?kita akan wujudkah atas peta dunia? atau bumi boleh-land yang kita sama-sama cintai ini akan jadi satu lagi tanah dimana penduduknya orang inggeris?(not that i have anything against them).
maka adakah kita mahu menyalahkan lagi pejuang hamas, yang telah menjalankan tanggungjawab mereka mempertahankan tanah air mereka, bumi palestin? bahkan mereka juga bertindak bagi pihak kita, umat islam yang tidak bangkit lagi dari belenggu hedonisme? dari asyik meraikan tahun baru? kerana palestin itu hak orang islam!hak kita bersama!maka menjadi tanggungjawab bersama!tapi, hanya mereka yang berjuang dengan darah. apa kita tidak mahu menyokong mereka?
cukup tentang ini. saya terbaca di sini, seorang pejuang hamas, mushir almasri menegaskan bahawa hamas akan menang, insyaAllah. sungguh ku kagumi keyakinan beliau, sungguh-sungguh.mungkin saja jika kita berada di tempat mereka, kita akan terlupa dengan rahmat Allah, terlupa dengan janji kemenangan Allah, kerna kita masih dirantai kecintaan pada dunia, dan takut pada mati.
teringat zaman kanak-kanak, tika pertama kali didedahkan dengan isu intifadha. antara idola awalku, ayat al akhras yang sungguh tinggi keazamannya walau usianya masih muda, yahya ayyash, seorang engineer yang berjaya membunuh ramai tentera zionis dengan ilmu kejuruteraannya, dan lain-lain yang telah syahid. ku benar-benar kagum dengan wartawan-wartawan, dan doktor-doktor, dan sukarelawan yang bergadai nyawa mahu pergi memberi bantuan.
aku disini, mengeluh pabila blackout, risaukan heater akan turut sama terpadam, sedang mereka disana entah ada atau tidak elektrik. mereka hidup dalam kesejukan juga. ku merungut atas perkhidmatan bas yang masih mogok dan sibuk risaukan bagaimana hendak ke universiti bila cuti berakhir nanti. sedangkan mereka berjalan kaki ke sekolah sambil menutup telinga dan terbongkok-bongkok menyembunyikan diri dari tentera zionis, dari bom yang tidak mengenal sasaran.
kakak, jom belajar sungguh-sungguh. kawan-kawan dimana jua anda berada, india, moscow, korea, mesir, jordan, australia, new zealand, seluruh malaysia dan kanada, mari kita manfaatkan peluang melanjutkan pelajaran, tidak kiralah didalam bidang apa jua sekalipun, untuk menyumbang sesuatu kepada yang berhak, untuk membayar hutang kita pada penduduk gaza. we owe them that, atleast.sambutlah seruan intifada ketiga ini.
banyak video menarik di sini.

3 comments:

  1. ~insyaallah..moga intifadhah kali ni mbuka mata hati kt hakikat hdp yg dah tak lama..usia yg dah makin tua..syurga yg ingn didamba..~tak dpt kubyg andai tiba2 tdgr bnyi bom kat sn..ku jg tingt kisah muhannad jg seorg engineer..hbatnya iman mrk!~

    ReplyDelete
  2. or to look at it another way, hamas takdela bodo sgt nak pegi bom2 israel sdgkan they know the consequences of the said action?

    it could be just a big propaganda?

    hu allah knows.

    ReplyDelete
  3. salam singgah..

    sesungguhnya saya betul2 simpati dengan nasib umat palestin..

    sama2 kita berdoa untuk kemenangan kepada mereka..

    ReplyDelete