Monday, March 16, 2009

caliph 14,

post terkecuali.hee.

tahniah adik-adik.especially kepada yang 13a1 itu.tahniah cikgu-cikgu yang mendidik!barangkali ini bukan ukuran sebenar kejayaan, tapi pasti penat lelah anda sekalian terbayar, hamdanlillah.

hari pertama di alamin semasa darjah satu, saya daftar lambat dari pelajar lain. tak hafal pun doa yang dibaca semasa perhimpunan. terasa jahil sungguh. malah tak pakai tudung pun masa progress test darjah satu. T.T. dan selalu kena marah muallimah raa'yah sebab menangis setiap pagi ke kelas.ustaz shakri geleng kepala sebab saya insist nak kakak temankan duduk sekali dalam kelas.yang pujuk, muallimah hasanah dengan gelagat mata burung hantunya.jaulah ke kelantan semasa darjah enam, jumpa kembali ustaz shakri di sri aman.

hari pertama tingkatan satu di sekolah menengah islam al-amin, budaya berubah. mathurat pula dibaca sebagai ikrar perhimpunan. tazkirah pendek selepas solat jemaah menggantikan bidaah bacaan doa kuat-kuat oleh imam. terasing dua kumpulan, yang ex gombak dan ex kl, dengan pelajar ex sriaakl berdiri sebab tak cukup kerusi. kurang beberapa bulan, pecah sudah benteng latar belakang, semua bergabung menjadi satu, hasil usrah, tamrin, khatibah dan mukhayyam oleh senior.

solat bersejadahkan lumpur kering, di atas lereng bukit 30 darjah. makan mentos disuap tangan penuh pasir, sebagai bekalan tenaga terakhir. masih ingat lagi wargame tamrin tingkatan satu hingga tiga.

ingat juga, selalu main-main dalam kelas ustaz sayuthi di tingkatan satu(ampunkan ana ustaz!), tapi belajar dengan tekun bila sains dengan ustaz baharuddin, apetah lagi tasawwur dengan ustaz majid yang sangat suka berkongsi ilmu. selalu antara yang terakhir duduk bila kuiz sejarah cikgu azli. sampai cikgu geleng kepala tatau nak buat apa dengan atiqah.

naik tingkatan dua dan tiga, semakin matang, sangat sukakan kelas bahasa arab ustaz usman, presentation tasawur cikgu shima,tidur dalam kelas math ustaz azhan, sangat kecut perut hafazan dengan ustaz ayub. tak kurang juga kelas geografi cikgu norma yang sentiasa sebelum rehat tengahari, maka semua menyalin dengan pantas muka nak cepat keluar makan je.juga taknak masbuk solat, atau dendanya solat di dataran. malu! dan ustaz soleh yang selalu tegur atiqah tidur dalam kelas bahasa arab.dan kumpulan banat yang hafazan dengan ustaz soleh, semua takut je kena berdiri sebab tak bawak quran atau tak capai target hafazan. kinah dah kahwin pun! dan kelas-kelas intensif untuk PMR tika cuti.

setiap hari sampai awal di sekolah, ditemankan duha dan budak-budak bas selayang.balik lewat petang, teringat temankan fm hafal sifir muradifat n mudhari' bahasa arab, bila mana dia mengajarku sistem enjin dalam kemahiran hidup bersepadu. bila dah besar ni kita bertukar bidang pulak eh?=)

teringat kena marah dengan ustaz zaki sebab tak berani nak tanya bila patut bertanya. paling ingat, usrah dengan cikgu hasnah dan cikgu izzah yang sangat best. alamin mungkin sudah berubah wajah, tapi biahnya masih sama.

oh bila dah tingkatan empat, join pula kumpulan yang buat junior tingkatan satu menangis tika simulasi sakaratul maut.hehe.rindu al-amin sungguh-sungguh!ilham fm n kakak.alf mabruk sekali lagi caliph 14!

p/s:fm, ustaz nak sembelih ikan paus ya?sembelih takleh berhenti, nanti tak sah. kena banyak tenaga tu.

warga dejourney, 1 'ammar '96 - 4 salahudin alayyubi '05.

7 comments:

  1. huwaa...sgt rindu sekolah!
    kelas hafazan yg paling igt sekali, Ust Ayub la. bila panggil tasmi' 2, 3 org sekali dgr. ketakutan yg dahsyat. hehe.
    dlm kelas Ust Soleh plak, slalu muraja'ah ngan dia surah2 favorite yg ana lancar je. haha. kesian surah2 lain =D
    err..sal ikan paus tu ana dgr dr sape ntah ana pun da tak ingat. jd kat situ dah putus sanad, takleh jadi berita yg sahih da :p

    p.s. kuat ingatan nt..detail tu!

    ReplyDelete
  2. ikan paus kena sembelih eh?

    ReplyDelete
  3. atiqahmohammadkhuzainiMarch 16, 2009 at 11:57 AM

    tasha:hari tu kanak2 ottawa ada bincang. kalau kena sembelih, and kalau nak sembelih, kena pakai chain saw sebab tak boleh berhenti, kena sekali sembelih je.

    fm:yup2, dgn ustaz soleh asal tasmi' je.
    dgn ustaz ayub, erm, takpayahla ckp takutnye mcm mane.asalkan bunyi betul je, sbb ustaz dgr 2-3 org sekaligus, tak dgr sgt.huhu.dgn us zaki, kene perfecto!

    ReplyDelete
  4. haa.. bace byk blog psl result ni. hehe.. menarik gak ikan paus ni. berapa eh kalau nak beli??

    aritu awal tahun ade pegi kelas Fiqh of Food & Clothing by Sh. Yasir Qadhi. He mentioned that most of the scholars kata tade differentiation between whales and regular fish. Cube cek Sahih Bukhari: 4104.

    hehe.. just a sharing. Tiqah should go to Almaghrib class jugak kalo ade, best2! tak penah lg pegi Muhammad Al-Shareef punya.. huhu~

    ReplyDelete
  5. atiqahmohammadkhuzainiMarch 17, 2009 at 8:45 AM

    ade je,tp yg muhammad alshareef sniri tak prnh pun attend lg, hueh.
    yasir qadhi, die byk kontroversi kan?byk rumours psl die. amek yg baek jelah kot. btw, thx for the hadeeth!

    ReplyDelete
  6. haha.
    'makan mentos disuap tangan penuh pasir'

    aiseh, macam mana boleh lupe ni..
    banyak sgt, xmuat2 nak masuk dlm memori ni..huhuhu

    1 ali '96 - 5 Salman al-Farisi '06

    ReplyDelete
  7. atiqahmohammadkhuzainiMarch 25, 2009 at 7:06 PM

    hehe.masa turun gunung nuang tu.wani yg suap. yg bg mentos, one of the faci sbb kesian dari tghhri/ptg tak mkn pape.

    ReplyDelete