Tuesday, March 3, 2009

sambal belacan

...TAUBAT SAMBAL BELACAN..copied from ustaz hasrizal's blog.
“Dan Aku bersumpah dengan “Nafsu Lawwaamah” (bahawa kamu akan dibangkitkan sesudah mati)!” [al-Qiyaamah 75: 2]
Nafsu Lawwamah itu adalah nafsu manusia yang sering menyesal.Dirinya sedar tentang buruknya dosa dan beratnya murka Allah terhadapnya, tetapi sesalan itu tidak kuat untuk mencegah dirinya dari mengulangi kesalahan yang sama.Sudah tahu salah, masih juga dibuat. Kemudian menyesal. Tidak mahu lagi mengulanginya.Tetapi belum hilang panasnya dosa, diulang kembali salah yang sama.
Taubat Lawwamah itu adalah taubat sambal belacan. Sudah tahu pedas dan derita akibat menjamah, masih dilayan kerana sedapnya.Justeru bermujahadahlah sekalian kita yang bernafsu Lawwamah, agar beransur baik menuju Mulhamah dan seterusnya Mutmainnah.Jangan kecewa dari bertaubat, kerana mungkin kamu mati dalam perjalanan menuju taubat yang seterusnya.
p/s:bought a big pack of cili padi from china town after a long long long while as normal grocery stores dont hv them.and kicap too:)

2 comments:

  1. dan rugilah siapa2 yg tidak merasa hebatnya penangan sambal belacan... :)

    ReplyDelete
  2. err..merujuk kpd sambal belacan as peringatan. hehe. pedas tp ttp sedap dimakan. peringatan itu pahit tp manis pd jiwa yg merasa.
    post la lebih banyak sambal belacan lepas ni eh.

    ReplyDelete