Saturday, March 14, 2009

ulangkaji 3.

kisah uhud 3: dari sini juga.

orang musyrik telah dapat sampai kepada rasulullah saw,batu-batu yang mereka lontar mengenai baginda sehingga baginda pengsan, mukanya luka, kedua lututnya bercalar,bibir bawahnya berdarah dan topi di kepalanya pecah.dua cincin rantai topi itu telah terbenam masuk ke dalam pelipis baginda.

orang musyrik bertambah ramai menyerang untuk membunuh baginda.baginda saw tetap bertahan bersama sekumpulan mukmin, antaranya abu dujanah yang bertindak menjadi perisai rasulullah. dia melindungi baginda dari panah-panah orang musyrik. anak-anak panah itu menembusi belakang tubuhnya. antaranya lagi, saad abi waqqas, beliau memanah kira-kira 1000 panah pada hari tersebut.

dan nasibah ummu 'umarah alansoriyyah, meninggalkan tugas memberi minum pada tentera yang sakit untuk bertempur menggunakan pedang dan panah demi mempertahankan Rasulullah saw. beliau terus bertempur sehingga panah mengenai batang tengkuknya, yang meninggalkan luka yang dalam. bersama-sama nasibah, turut serta 2 anaknya dan suaminya, yang turut mempertahankan rasulullah. baginda saw mendoakan untuk mereka, "semoga Allah memberkati kamu sekeluarga," 

lantas Nasibah berkata, "doakan kami sekeluarga menemanimu di syurga," dan baginda pun mendoakan sebegitu. Nasibah berkata selepas itu, "aku tidak mempedulikan lagi bencana-bencana yang menimpaku dalam urusan dunia,". Rasulullah berkata berkenaan Nasibah, "aku tidak menoleh ke kanan dan kiri pada hari ghuzwah uhud, melainkan aku melihatnya berperang di hadapanku,"

p/s:ada riwayat mengatakan nusaibah, instead of nasibah.

pp/s:kata umi, sekarang mesti rasa bersemangat, dengar kisah sahabat, apatah lagi bila Rasulullah sendiri mendoakan mereka. tapi bila masanya nanti, wallahua'lam kita mampu atau tidak, bukan sahaja turut pergi, malah turut berjuang, seperti nasibah radhiallahu 'anha.

No comments:

Post a Comment