Monday, May 4, 2009

di kandang rimau

bismillah.

masuk kandang kambing, mengembek, masuk kandang kerbau, menguak. masuk kandang harimau? perlu pakai topeng pak belangkah? dan berdiri atas 4 kaki, bersama-sama harimau lain mengaum kerana bimbang dibaham?

perumpamaan seorang pakcik, to migrate to the west is like going into a swimming pool and expecting not to get wet.

soal ini bukan sahaja tentang negara, tapi hinggalah sekecil-kecil komuniti.adakah kelompok anda sekarang kelompok minyak wangi atau tukang besi(rujuk hadith sahih muslim 4762)? tepuk dada, tanya iman. kalau takut dengan risiko, usah bicara soal perjuangan (anwar ibrahim). 

bagi saya, jangan terjun ke dalam sungai, untuk selamatkan anak ikan. apatah lagi jika tidak pandai berenang. 

1 comment:

  1. atiqahmohammadkhuzainiMay 4, 2009 at 4:39 AM

    this is not applicable in all situations. bak kata sheikh hamza, hijrah kan jadi wajib di kala seorang muslim tidak bebas mengamalkan islam di suatu tempat, jika anda lebih bebas beragama di negara kafir berbanding di negara islam, apakah kes?

    ReplyDelete