Friday, June 12, 2009

helpless

bismillah.
alhamdulillah, thumalhamdulillah. verily, tahap pergantungan kita pada Allah paling tinggi bila kita desperate.

antara buku teks subjek elektif saya, ialah tulisan Mill dan Rousseau, yg bagi saya, bahasanya sungguh klasik.were written in 17th and 18th century kalau tak silap. susah nak baca sampai habis, dan susah juga hendak faham. maka di dalam kelas, saya tumpukan sepenuh perhatian, supaya dapat gist apa yang Mill dan Rousseau hendak sampaikan.

berbeza dengan essay lain, tulisan isaac berlin mahupun charles taylor, karya mereka lebih modern, bahasa english biasa yang mudah difahami. merasa complacent, saya sekadar merakam lecture(tak focus betul2lah tu).

walau hakikatnya, kata prof, konsep taylor dan berlin lebih sukar untuk kami, dan beliau expect kami untuk tak faham.

macam tulah jugak kita. bila kita merasa selesa, dan mampu buat, kita lupa bahawa Allah jugalah penentu segalanya. bila dah rasa helpless, barulah sibuk berdoa dan solat hajat banyak-banyak. tak malu sungguh kan manusia?sebab tu Allah kasi sakit, Allah beri kekecewaan.

semalam, terkena sebijik2 dengan akh fazrul. "bila kita terasa lost, kita putus asa dengan rahmat Allah...ada yang sehingga kata im a failure, atau lebih teruk lagi, im a loser."

kerana, "there is no failure, only feedback," untuk perspektif seorang mukmin, takde istilah kegagalan, kerana semua yang kita dapat adalah yang terbaik untuk diri kita, mcm yang Allah dah tetapkan. semuanya ada hikmah. kita cuma perlu menggunakan kebolehan semantik, iaitu menamakan sesuatu, dan namakan tragedi buruk itu sebagai feedback dan lesson yang perlu dipelajari!

rakaman talk akh fazrul lgkp dgn slides di sini

2 comments:

  1. adj - helpless n complacent. hue.

    neway, utk kempen Allah ajar nama tu, mcm yg awak buat ni la eh?

    ReplyDelete
  2. atiqahmohammadkhuzainiJune 13, 2009 at 1:42 AM

    err, tk rasa nak htr yg ni lah.huhu

    ReplyDelete