Friday, June 19, 2009

pernah tak buat sesuatu, kemudian rasa sangat bersalah walaupun sedikit?terasa amat jahat? tunggu. jangan bunuh perasaan tu.

kisah kaab bin malik ra, menurut hadith sahih bukhari, beliau bukannya berniat untuk terus meninggalkan perang tabuk, cuma beliau asik menangguhkan persiapan untuk pergi berperang dari hari ke hari. akhirnya, beliau ketinggalan apabila kaum muslimin bertolak dari madinah.

sounds familiar sangat kan, bertangguh, dan akhirnya terlepas. dalam kisah ka'ab, natijahnya, beliau dipulaukan oleh semua, termasuk yang rapat dan juga isteri. selepas 50 hari, diberitakan kepadanya berita paling baik since the day he was born(hadith). itulah dia, berita keampunan, yang ada di rekodkan dalam at-taubah. best kan?

kita, kalau rasa bersalah, kadang-kala tak lama. sedih 1-2 hari, kemudian lupa, dan kemudian meneruskan hidup macam biasa. paling-paling tidak, istighfar 2-3 kali, kemudian lupa. kita tengok sahabat nabi saw macam mana.

zaman Rasulullah saw dulu, bani khuraizah dikepung sebab langgar perjanjian dan khianati umat islam. ketua mereka, ka'b bin asad suruh mereka decide sama ada nak menyerah kalah dan peluk islam, atau bunuh anak isteri dan lawan umat islam, atau berperang pada hari sabtu dan melanggar sabbath mereka. undecisive dan buntu, mereka minta hendak berjumpa kerabat mereka, abu lubabah yang ketika itu sudah muslim untuk mintak nasihat. abu lubabah, "in answer to their demand for advice he pointed to his throat saying it was homicide awaiting them."

tapi beliau terus sedar, yang beliau telah betray kepercayaan Allah dan RasulNya kerana bocorkan rahsia umat Islam. menyesal, dia ikat dirinya pada pokok, dan minta keampunan pada Allah. bila Rasulullah saw dapat tahu, baginda kata, kalau abu lubabah datang pada baginda saw, pasti baginda saw doakan keampunan Allah untuk beliau, tapi tidak, maka Allahlah yang memberi keampunan.

Isteri Abu Lubabah akan datang pada waktu solat, dan untie beliau. Lepas solat, beliau ikat dirinya semula
. selepas 6 hari, turun ayat mengatakan beliau diampunkan, dan orang Islam bergegas untuk melepaskan beliau, tapi Abu Lubabah insist Rasulullah yang melepaskan beliau untuk memastikan kesahihan yang beliau diampunkan.

kita pula, bila tersalah cakap, apa kita buat ya? robbighfirli ya Allah. janganlah Kau cabut rasa bersalah dari hati kami bila kami membuat dosa.

p/s:kisah abu lubabah dari raheeq almakhtum.

2 comments:

  1. cgu ske post nih..mmg tgh terkene kat diri cgu kot..hahaha rase bersalah..hehe..TQ

    ReplyDelete
  2. Ahha, byk pengajaran dr kisah2 dulu. yah, rasa bersalah yg dtg sekejap kemudian hilang. hmm, kena byk muhasabah ni..

    ReplyDelete