Friday, August 28, 2009

mus'ab

bismillah.post ini di tulis dengan perasaan bersalah menggunung.
bila bloghop atau berkongsi cerita, banyak timbul kisah orang yang cakap berdegar-degar dan actually mengamalkannya, ie orang-orang hebatlah. selalu rasa inferior. eh bukan selalu, tapi confirm dan wajib rasa inferior tu datang. terasa kecik, dan ternampak-nampak kelemahan diri sendiri.

hinggakan, pernah timbul satu persoalan. kenapa Allah cipta aku? tujuan penciptaan manusia, yes i do know it well. tak lain tak bukan untuk beribadah pd Dia dan only Dia. untuk jadi pentadbir bumi. untuk capai redha Dia, dan ajak orang lain untuk dapat redha Dia.

somehow aku merasakan itu secara generalnya untuk semua insan kat bumi. secara khususnya, kenapa aku? yang banyak kekurangan ini? kenapa aku dipertanggungjawabkan juga ? aku tak mampu, tak layak! kenyataan tak matang? well, terang tang-tang bisikan tu mai dari 'pak tan'.

i. first time aku tengok drama nur kasih online, aku marah bila dengar adam kata pada ayah dan abangnya, "adam dah memang sejak azali dah jahat, buat apa nak cuba ubah" aku marah, sebab, fitrah manusia bila lahir kan putih bersih. lagi, manusia itu kan sebaik-baik penciptaan [attiin]. kemudian teringat, eh aku pun sama. kekurangan itu, tiada masa kita lahir. maka ubahlah kembali.

ii.kedua, aku sendiri pernah buat janji untuk jadi khalifah Allah, masa nak ditiupkan roh dulu. tak ingat? tak bermakna it never happened. bahkan janji itu valid sampai kiamat.

iii.susah?memanglah! heaven is not cheap!tanggungjawab ini sememangnya besar. in my pov, memang patut terasa berat bebanannya. tapi tidak sepatutnya menjadi alasan, atiqah. sebab Allah dah jamin memang aku boleh buat, layukallifullahu nafsan ila wus'aha.

mari beriman seperti abu bakr ra, dengan beberapa ayat wahyu sahaja pun sudah boleh ikut Allah dan Rasulullah saw sepenuh hati. kita ada the WHOLE alquran! musab-musab us canada, mari jadi seperti musab bin umair, tiada rumah di madinah pun yang belum mendengar tentang islam, even before Rasulullah saw came!

semoga atiqah sentiasa ingat ini ketika dia depressed nanti. akhawats, i still need your help.

p/s:rasa bersalah, kerana mode malas mula kick in, rasa bersalah, sebab tanggungjawab yang tak tertunai.
pp/s:usually posts like this will never reach the public. because i truly believe, by saying it aloud, you are officially responsible for what you said! well, mari keluar dari kepompong selesa. thabbit aqdamana ya Allah.

3 comments:

  1. salam'alayk

    ya ukhti..

    al imanu yazidu wa yankus

    moga lebih dekat denganNya!
    moga lebih kuat!
    moga lebih bersemangat!
    InsyaAllah

    (^_^)

    barakallahufik!~

    Ramadhan kareem!

    ReplyDelete
  2. nak smgt cm kamu juge!!
    aii..

    ReplyDelete
  3. semoga dgn keberkatan ramadhan, dpt kite same menunaikan tanggungjwb masing2..

    ReplyDelete