Thursday, August 13, 2009

promosi

bismillah.sembang-sembang petang.

katanya, orang muda jangan rasa tak rugi tak buat terawih/ amal-amal sunat lain di bulan ramdhan.ya, ia sunat sahaja, tetapi ada tika ramadhan sahaja, tidak dapat waktu lain. macam one time promotion gitu. JANGAN LEPASKAN PELUANG!dan di bulan ini JE, yg sunat pahalanya macam yang wajib.JANGAN LEPASKAN PELUANG!

sebulan ini sahaja bekalan untuk 11 bulan mendatang. untuk latih jiwa jadi kuat, tanpa pak tan menjadi penghalang. macam kena pulun pack ikan bilis dan serunding banyak-banyak, untuk bekalan 11 bulan di perantauan.

bulan ini, kena banyak berjuang. mula-mula, berjuang untuk sampai di bulan ramadhan. lagi berapa hari je tinggal, tapi ajal maut siapa tahu? bagus sangatkah ramadhan tahun lalu untuk menjadi our last ramadhan?[ya Allah sampaikan kami pada bulan ramadhan!]

kemudian berjuang untuk make the best out of it. insyaAllah.

p/s:selamat hadir ke dunia daieng muhammad mifzal, just two days before abang's birthday. kata abang, kurang 2 hari hensem dari dia. semoga jadi mujahid islam.

No comments:

Post a Comment