Monday, September 7, 2009

lain dari yang lain.

"Sudah sunnah orang berjuang mengembara dan berkelana, miskin dan papa jadi tradisi, berenggang dengan anak dan isteri. Biasanya para pejuang rumah mereka merata-rata, rezekinya tidak menentu, tidur baringnya tidak berwaktu.

Orang lain membuat harta, tapi dia membuangnya. Orang lain kawan terbatas, tapi pejuang kawan merata.Orang lain musuhnya kurang, pejuang musuhnya tidak terbilang. Tidak kurang yang sayang padanya. orang lain mati dilupa, para pejuang tetap dikenang. Sejarahnya ditulis orang, makamnya sentiasa diziarahi, walau perjuangan tak berjaya."
sunnah berjuang-nadamurni

lagu ni dah berzaman di dengar, tapi bila dah besar baru faham maksud lagu ni. tersentuh dengan perjuangan generasi2 tua. pernah jumpa pakcik2 atuk2 yang dikagumi? iya, merekalah generasi tua. kenapa ya mereka-mereka ni sanggup berjuang dan menempuh susah? mungkin jawapan selayaknya, adalah "Mengapa pula aku tidak patut menyembah Tuhan yang telah menciptakanku dan kepadaNya sekalian kamu akan dikembalikan"- yasin:22. tak lupa, segala kesusahan sanggup ditempuh, kerana mahu jadi dagang dan asing.

tahun ni sahaja, banyak sungguh berita yang meninggal, di tangkap, dan jatuh sakit. siapa ye yang akan ganti mereka-mereka yang berkaliber ni? generasi baru? huhu, jangan cakap saja lebih, kepakaran dan amalnya tiada.

1 comment: