Friday, October 30, 2009

of kanak-kanak II

bismillah.

kanak-kanak, kita layan lain drpd orang tua. afifah, bila ketuk-ketuk ummi dengan pensel bila merajuk, hanya dibalas dengan gelak tawa. lain hukumannya jika aku yang ketuk-ketuk ummi dengan pensel[err, sungguh buang tabiat!].

semuanya kerana, kanak-kanak, perangainya lain daripada orang yang sudah matang. bila sayang, mereka kata sayang. tiada ego. bila mereka rasa sesuatu, mereka terus meluahkan, tanpa segan. naif, kerana mereka belum tahu. and kebiasaanya, orang dewasa hanya akan beri alasan kerana dia kecik lagi.

maka seharusnyalah, kita melayan kanak-kanak berlainan dari orang dewasa. cara kita cakap pada mereka berbeza, apa yang kita cakap pun berbeza. kalau tiba-tiba diskus politik dengan kanak-kanak dua tahun, tidakkah dia akan terus lari dan pergi bermain lego instead?

tapi siapa yang memberi definisi sama ada dia masih kanak-kanak, atau sudah dewasa? umur pada kad pengenalan? a big NO, semua orang matang pada usia berbeza. bak kata natasha, ibunya mengandungkan dia selama 5 tahun. aku dikandung barangkali 10 tahun. atau lebih.

maka definisi apa yang kita pakai untuk tahu kanak-kanak itu sudah dewasa atau belum? probably you will say, we just know. teringat 'paksu' dalam cerita rooftop rant, reaksinya pada trisy tentang 'teman' lelakinya, ketika si trisy masih kanak-kanak, dan ketika trisy sudah dewasa.

yang sedih, saya yang tersalah tafsir.
p/s:[and no natasha, im not in awe with you]

1 comment: