Tuesday, October 6, 2009

sweet

Allah itu sangat sweet. Maha Penyayang, Maha Pengasih. ya, aku tahu. tapi semalam, terasa Allah sungguh sweet.

masih ingat aku pernah question kenapa aku yang ada kelemahan ini itu diciptakan juga dan disuruh pula melakukan tugas seorang, sama seperti orang lain.

semalam, kata kak leen, Allah dah ambik kira kelemahan-kelemahan yang kita ada. Allah dah ambik kira environment di sekeliling kita. Allah bagi ujian, dengan mengambil kira semua itu. kemudian, Allah janji pula, yang ujian hanya diberi dengan kapasiti kemampuan. jika kamu di uji, maka kamu boleh buat. Allah dah janji. Allah just suruh kuat. sweet kan Allah? bukan itu sahaja, Allah tak pernah tinggalkan kita sorang2. you're never alone, seperti dalam lagu itu.

"Sistem hidup yang diatur oleh Allah adalah digubal untuk manusia yang hidup di bumi ini dengan mengambil kira fitrah manusia, tenaga-tenaga, bakat-bakat semulajadinya, kekuatan dan kelemahannya, juga mengambil kira keadaan-keadaannya yang berubah yang dialaminya. Sistem itu tidak sekali-kali menaruh sangkaan yang buruk terhadap makhluk insan ini lalu memperkecil-kecilkan peranannya atau mensia-siakan nilainya dalam apa sahaja bentuk hidupnya sama ada dengan sifatnya sebagai individu atau sebagai anggota di dalam kelompok.

Begitu juga sistem ini tidak sekali-kali mengelamun dengan daya khayal lalu mengangkatkan makhluk insan ini terlalu tinggi hingga mengatasi darjatnya, mengatasi tenaga kemampuannya dan mengatasi tugasnya yang dijadikan Allah ketika ia diciptakan"[muqaddimah fzq, page9].

the point is, aku mampu. aku sepatutnya mampu. apapun, permudahkan urusan kami ya Allah!

4 comments:

  1. ya Atiqah,
    seriously,
    kte amat ske statement
    "Allah itu sgt sweet" =)

    thanks for sharing,awk.
    this post indirectly motivates me too * a very matured tone here*
    i,A, kte semua mampuuu!

    ReplyDelete
  2. insyaAllah

    kita mampu

    kita mampu?

    ya, kita tahu kita mampu

    apakah kita mahu?

    yakin pasti
    ini jalan kita

    bilamana aku lemas,
    selamatkan aku lekas

    bilamana aku lena
    kejutkan aku agar bersiap siaga

    bilamana aku tersungkur
    pimpin tanganku
    bawaku ke sana
    ke langit cahaya
    agar kutemui redhaNya

    (bermadah lak..hehe..otomatik)

    =)

    ReplyDelete
  3. atiqahmohammadkhuzainiOctober 6, 2009 at 8:48 PM

    to attoriq: akak rasa akak dah mula faham bahasa madah awak, n ain too. :D.touched. jzkk ye! same goes to u ye, slmtkan akak lekas, kejut utk bersiap siaga, dan mari berpimpinan tangan!

    to farra:yeah, mari jadi matured! psnn penaja utk kanak2 bernama farah.XD

    ReplyDelete
  4. Lol utk pesanan penaja tiqah.=)

    Yup, suke statement tu jugak. "Allah itu sgt sweet". Thank you Allah.
    tolong selamatkan kita bilamana lemas jugak, kejutkan dan pimpin tgn ke langit cahaya. =)
    Madah awin mmg best.

    ReplyDelete