Wednesday, November 11, 2009

elec 2501 II

status:literally sakit kepala dengan prelab electronics.

aku depressed, sebab tak reti buat prelab. aku plan hendak ke help session, tapi takde pulak hari ni, walaupun dalam schedule ada. tanya mereka yang pernah ambik course ni, mereka sudah lupa. lihat lab lama-lama, mereka tak jawab pula soalan yang aku tak reti ni.huhuhu.

aku kecewa, sebab tak tau nak mintak tolong siapa. rakan-rakan seperjuangan lambat lagi lab mereka, jadi mereka belum mula buat. google, tak fahamlah pulak.hu.

putus asa, aku pun balik ke rumah. seperti biasa, berjalan kaki dari stesen heron, sambil memandang langit. bintang banyak, langit gelap, tapi tetap cantik. subhanallah. eh jap, bukan ke ilmu electronics tu Allah milik Allah jugak? Dia bukan sahaja Pencipta langit dan bintang, tapi Dia juga Pencipta ilmu electronics dan segala analysis circuit-nya.

maka sepatutnya aku adu sahajalah pada Dia! duh.

kepala masih sakit, tapi sudah nampak jalan keluar. semoga dipermudahkan urusan semua kita semua, insyaAllah. aamiiiin.

1 comment:

  1. tersenyum baca post ini.. rencah perjuangan as students mcm inilah.. ana sendiri, berkali2 tertekan. tapi inilah personal jihad kita semua dan antara yg termampu kita beri utk ummah kan, juga blh jadi penyebab mendekat ke syurga. jadi usaha sebaik habis saja. fikirkan, semua ilmu milik Allah = Kalau Dia nak, Dia blh je bg semuanya pd kita, tanpa perlu kita bersusah-payah. Tapi sebalik tiap2 yg berlaku tu ada mesej dan klu-klu utk kita renung & ambil iktibar.

    selamat berenang dlm lautan ilmu yg tak ada ukuran kedalaman & tak wujud tepiannya itu! Allah sayang pemburu ilmu.

    nice post n good insight btw:)
    inna ma'al 'usri yusra. Ameen utk jalan keluarnya!~

    ReplyDelete