Saturday, November 28, 2009

a joyful eid, and hopefully a blessed one :)

bismillah.

hopefully entry ni tidaklah menjadi diari, tapi pahatan memori, dan jadi pedoman di lain waktu/tempat. bukan sekadar entry harapnya, insyaAllah :)

bangun pagi, mandi sunat hari raya, dan bersiap-siap. waktu kecik dulu, cikgu ajar pakai baju cantik-cantik on eid is sunnah, but I cant recall any hadiths associated with this. anyone?

masa tengah sejuk-sejuk tunggu bas untuk ke civic centre, tiba-tiba, ummi call. dahlah dah way beyond ummi's bedtime, terharu! bestnya rasa, taknak letak! walaupun ikutkan hati taknak pegang telefon, sebab tangan dah beku. [sebelum tu call malaysia asyik tak dapat,adik-adik hung up, then ummi takde].

sampai di civic centre,dah lambat. ingatkan dah miss solat raya. alhamdulillah, masih diberi peluang. orang ramai bersesak sesak dan sungguh padat! terharunya tengok ramainya umat islam. [tapi tak signifikan, macam buih kat laut-hadith.hu]

selesai solat, nampak nenek tua tarik cucu dia, peluk kuat-kuat, cium. si cucu nampak rimas dan tak sabar nak dilepaskan. [sebijik macam aku dulu]. tindakan refleks, pandang kiri kanan. eh erm, takde keluarga pulak nak peluk. ada mereka je. maka salam, peluk cium penuh penghargaan sahabat-sahabat kat sini. air mata pun bertakung. ok tamat kisah sedih dan terharu.

disambung dengan festival raya disitu. boleh lah lawan karnival jomheboh kot? :) ada yang borong tudung alamirah untuk dijadikan anak tudung. bak kata ida, tudung bawal kan jarang, lepas ni dah boleh konfiden dah pakai tudung bawal sebab lapikkan dengan tudung alamirah. yeay! dan ramai pula yang beli skirt, sebab lebih yakin ianya menutup aurat, senang nak solat. farah and dila banyak beli buku best2. dila beli buku harun yahya!

dah puas shopping barang 'keperluan', penuhi hak perut pulak. beli kebab ayam yang sungguh super sedap, paling sedap yang pernah makan setakat ni, :D alhamdulillah. [to ottawans:dia buat delivery tau, and ktrg dah ambik pamplet, so bolehlah nak mintak number.promote promote, south east african restaurant.hehe]. ke gerai kak azidah pula, beli desserts share ramai-ramai. super sedap! tambah-tambah makan ramai-ramai sepinggan<3! tak ukhuwwahlah kalau tak berebut, kata ida, masa semua berebut nak testing tudung baru.

kemudian, kami ke carleton, untuk solat jumaat di gym. otw nak tunggu bas, lintas jalan ramai-ramai macam anak ayam. sampai di gym, ada pakcik garang jaga kat pintu, suruh masuk guna laluan lain guna campus card. jam masa tu pukul 1255. kakak yang jaga kat entrance lagi satu pulak cakap takyah masuk, friday prayer lagi 5 minit nak habis, walhal selalunya pukul 1 baru khutbah start, kata dila. tapi ramai je lelaki muslim lain buat dunno masuk juga, maka kami pon decide untuk masuk je. tapi, farah takde campus card. alamak, macam mana?then alhamdulillah, kakak tu suruh kami masuk je, sebab tempat swipe card tu dah mula sesak. masuk-masuk, khutbah dah start. "jangan kata dah habis, banyaknye halangan (utk solat jumaat)"[farah,2009].

solat jumaat, then pergi 'study' dekat tim hortons berdekatan. sejam kemudian, masuk pulak asar. kebetulan ada national fencing competition[sarah ajak tengok, tapi semua tak layan, nak 'study'.haha] disebabkan competition tu, field house sangat penuh dengan orang. maka kami solat kat luar, atas simen yang sejuk, lapik dengan selendang. habis bagi salam je, terus bangun cepat2. sejuk! tapi, betul kata ida and dila, ini yang buatkan rasa nikmat and best sangat islam ni. kat tanah mana-mana pun boleh solat!

dekat-dekat nak maghrib, semua pun bergerak untuk penuhi jemputan makan kat rumah iz. tqvm iz! solat maghrib, baca doa rabitah, then makan nasi tomato yang super sedap sambil tengok last episode nur kasih. ada faedahnya tengok ramai-ramai, banyak details yang orang lain point outkan, yang saya tak perasan pun. huhu.

then balik pula ke sarang masing-masing, untuk studylah harapnya. otw home, "moga-moga jodoh semua orang cepat sampai"[identiti dirahsiakan, 2009]. yang lain laju je aminkan, literally! dahlah dalam bas. dok depan sekali pulak tu. lol. memang tak tahu malu. well, bahasa melayu, bukan orang faham pun. hee. =D

jalan balik dengan awin, kereta jauhhhh lagi. maka lintas lah dan berjalan penuh perasaan[baca sangat slow]. tiba-tiba pandang kiri, wah seinci dua [exaggerated,hehe] je lagi dengan kereta yang sedang memecut laju. maka pantas melompat ke hadapan. hu. masih ada kaki, alhamdulillah. kereta tuhla laju sangat. err, dan saya tak lintas kat traffic light. hukhuk. driver tu pon shock agaknya, laju je dia belok ke kanan tukar lane.

hurm, mungkin ada yang tanya, eh takde session takbir ke?hehe. cepat-cepat semua, sila bertakbir raya kat bilik.takde kelas ke?well, yg ada lab mintak tukar hari for festive reason(mat sallehs are totally cool abt this). dan yg ada kelas, ehem2 telah ponteng.

apa yang bestnya? hurm, being together with comel yet immatured people kot. hehe. ok, dah overdose sugar ni, perlu stop. semoga kita semua perbuatan kita diredhai Allah sentiasa. aamiiin.

EID MUBARAK, DUNIA. KULLU AM WA ANTUM BIKHAIR.

7 comments:

  1. bunyi macam besttttt sangat :)

    slmt hari raya atiqah! next time tlg peluk semua gadis2 ottawa utk kitaaa

    ReplyDelete
  2. yeahh!! kt sini pon name disebut jugak..!! ngee~~
    hehee.. thx jugak sebab sudi dtg eh kak.. <3<3
    anyway, thx sbb kasi iz join group "comel yet immatured people" tu.. :PP hehee..
    psst.. nk ameen kn jugak untuk doa, "moga-moga jodoh semua orang cepat sampai"[identiti dirahsiakan, 2009].. ameeenn!!! <3
    btw, farhana, selamat hari raya!!! :D

    ReplyDelete
  3. huiyo bc pun rs best.
    tahniah kanak-kanak matang.

    ReplyDelete
  4. salaam.
    wah!!
    seronoknye!..lagi2 every time nak solat. hehe.
    an interesting sharing la tiqah.
    sangaaaaaaaaaaat sukeee :D :D :D
    worth posting =D

    wallahua'lam
    -syaimaa'-

    ReplyDelete
  5. Salam alaik .

    nice eid for u guys I think .

    cuma pasal solat jumaat di hari raya tu , kalau untuk lelaki dah tak jadi hukum wajib untuk kami .
    untuk perempuan memang tak wajib kan. saje kongsi ilmu .
    you can read this .

    eid mubarak my friend .

    http://drmaza.com/home/?p=847

    wAllahua'lam

    ReplyDelete
  6. haha.. korg 'study' lah sgt time kte ajak tgk fencing competition tu.. pdhal bergosip mcm hape je.. :P heheh.. syg korg sume!!! :D

    ReplyDelete
  7. bestt... Alhamdulillah, what a joyful eid we had. =)

    Atiqah mmg suke lintas jalan menakutkan. huhu.. dpn ottawa civic tu. org belakang yg cuak dgn tiqah. haish. heheee...

    sayang semua <3 and farna punye comment, sweet. nak 'reply' hugs all the way from Ottawa :D

    ReplyDelete