Thursday, November 26, 2009

kau sombong II

bismillah,
kau sayang kawan kau. dialah intan payung, dialah permata. kawan kau ni sakit. taklah tenat, tapi teruklah juga. kau doakan dia banyak-banyak, tak pernah lupa doa untuknya setiap kali selesai solat. kau jaga makan dia, dan kau make sure dia ambil ubat yang doktor kasi.

kemudian, dia kelihatan sihat sedikit. kau happy, sangkakan dia dah sembuh sepenuhnya. kau sombong, tiada lagi doa untuknya. yelah, bukankah usaha kau selama ini yang menyembuhkan dia? bukan izinNya. maka kau terlupa untuk terus jaga makan pakai dia, kau terlupa pesan pada dia agar sentiasa ambik ubat.

satu hari, kau dapat call, diberitakan dia sedang nazak. kau berlari mendapatkannya. syukur sempat. hakikatnya, belum lagi ajal dia. bila dia nazak begitu, baru kau ingat Dia. baru kau merayu pada Dia, kerana hanya Dia yang bisa menyembuhkan.

p/s:again, tiada kaitan dengan yang sudah meninggal dunia.

1 comment: