Monday, November 23, 2009

kau sombong

bismillah.
bila sombong.

betul-betul sebelum programming test, mulut kau terkumat kamit, berdoa minta tolong pada Dia. ketika test,wah, senangnya soalan. lebih kurang dengan apa yang kawan kau ajar. kau mula sombong. kau buat sehabis baik. compare dengan sample solution, betul semuanya, maka kau submit online. dengan penuh yakin, keluar awal. kau sombong, pengharapan tidak sepenuhnya pada Dia. bila skema jawapan keluar, compare dengan jawapan yang di type semasa test, kau sombong, terus yakin, akan dapat markah elok. paling-paling teruk, off by 1 mark[over 10].

bila markah keluar, kau terkejut. eh, takkanlah dapat kosong?kau bersabar, dengan yakinnya itu hanya masalah teknikal. kau tunggu satu malam lagi. cek lagi, markah masih kosong per sepuluh.

kau email prof, prof reply dan berjanji akan cuba access submission kau yang sebelum-sebelumnya[boleh submit banyak kali, asalkan belum tamat test].

kemudian prof reply lagi, kata prof semua submission kau kosong belaka. ikut logik akal manusia, memang tidak mungkin. c++ sentiasa autosave. dan bila berhantar berkali-kali, takkanlah semuanya tersalah hantar yang kosong?[program kosong diberi semasa awal test]

sia-sia memerah otak ketika test? tiada apa lagi yang mampu kau lakukan, selain redha, dan belajar sesuatu. ini akibat sombong!

p/s:Eventhough there are five lab tests and the worst lab test mark will be discarded, she still feels dissapointed and sad, and terpukul. akibat sombong. arraja' atau pengharapan perlu 100% pada Dia!

pp/s:tiada kaitan dengan yang sudah meninggal dunia.

6 comments:

  1. ermm... walau kita dah cuba sehabis baik, dan yakin, hanya Allah yang benar2 berkuasa untuk bagi kita apa yang Dia mahu kan.
    Mungkin sbb Allah tak bagi result spt yg kte usahakan (or expected), tapi Dia nk bagi kesedaran dan pelajaran hidup yg lain, yg lagi Mahal. supaya kte sentiasa redha dgn takdir Dia. *oh, peringatan utk diri sendiri jugak neh*

    Thanks for sharing this. terpukul jugak.

    ReplyDelete
  2. betul kak dila cakappppp!!

    tQ for sharing jugak~

    ReplyDelete
  3. ika, there's more to life than getting good results in tests? huhu blh pakai tk?

    ReplyDelete
  4. atiqahmohammadkhuzainiNovember 24, 2009 at 12:11 PM

    to kima:oskof. tengs sbb igtkan kite =) <3!
    to dila:true, pgjrn dlm hidup lg mahal!

    ReplyDelete
  5. awak, nak tau sumthing,
    hari tu kte sedih sgt2.
    *result thermo kan teruk .lols..
    then kte main2 ckp kat Wei,
    - i really wanna commit suicide.

    then Wei geleng kepala,
    dia ckp,
    "life is not just about gaining high marks in exams. there are more that u can do n contribute."

    hua. segannn je!hehe.

    so ya, kimaa is so right ;)
    la tahzan ya tiqahhhh. usaha lagi!

    ReplyDelete
  6. semua yg jadi ade hikmahnye.. xde yg coincidence.. xde yg saje2.. :)

    ReplyDelete