Thursday, November 5, 2009

pelangi

kita selalu redha, hanya bila kita nampak pelangi. senangkan nak redha perkara yang baik, berbanding yang buruk?

haritu dapat ikut jemaah maghrib dgn imam favouriteku dan kak aini di musolla. (cam berdasarkan suara). rakaat pertama, imam membaca alfajr. tiba-tiba, belum lagi habis muka surat pertama, dia takbir, dan ruku' pula.

dalam hati; aku kecewa. "alaaa, kenapa tak sampai ayat fadkhuli fi 'ibadi, wadkhuli jannati(masuklah ke dalam golongan hamba-hambaKu dan masuklah ke syurgaKu)". padahal, jika dibaca alfajr, ayat itu yang aku tunggu-tunggu.

solat diteruskan. rakaat kedua, si imam meneruskan bacaan. sampai pada ayat; "wajiiii ayaumaitzin bijahannam!"(dan pada hari itu, diperlihatkan neraka jahannam).

aku tersentak. aku tunggu-tunggu ayat Allah jemput masuk syurga. tapi aku tak teringat, sebelum tu ada ayat tentang neraka. aku acknowledge hanya berita baik. aku buat tak endah pada amaran keras.

kisah lain, haritu aku terima berita buruk. aku sungguh-sungguh emo, tidak boleh terima. sehinggakan ada yang berkata, "kite rasa mcm kene nangis je, biar awak pujuk kite, n cakap sendiri 'mesti ada hikmah'"

at the time, aku tak boleh terima, sebab aku tak nampak hikmah. pada malamnya, ada yang memujuk. memberikan alternatif lain. kalau aku kecewa sebab tak dapat cotton candy, maka si kakak memujuk, dengan menjanjikan gula-gula. maka aku redha. sebab dah nampak pelangi. esoknya, aku terus dapat cotton candy, alhamdulillah. Dia hanya mahu tengok aku redha, dan actually sabar, bukan mengeluh dan menangis air mata darah. setelah aku redha, Dia terus sahaja kasi. alhamdulillah.

"adalah mudah menjadi ceria apabila kehidupan anda berjalan lancar, tetapi anda dikagumi jika di masa derita anda masih mampu tersenyum"- a true friend wrote on a beautiful card when we were in form three. masih cantik tersimpan dalam purse. <3

"theres no reason to be sad, sbb semua benda berhikmah, and it is the best thing that could happen.itu janji Dia".-screensaver pada phone pertama.

2 comments:

  1. senangkan nak redha perkara yang baik, berbanding yang buruk?

    Ouh.. dush skali kt diri sendiri.
    kenapa lah ya, bila bende buruk berlaku, jrg kita redha. uhm. Kalau kita redha dgn perkara buruk yg berlaku, mesti kita tak susah hati kan, salahkan org lain, or salahkan takdir...nauzubillah.

    Semoga kita mampu tersenyum dlm susah dan senang. =) kata mau beriman dgn qada' dan qadar scr total... uhu. ni reminder utk diri sendiri balik.

    --

    Just nak kongsi, bak kata akh fazrul, benda baik kene share dgn org. heeee...
    masa tgh 'down' skit last week, Allah perjumpkan kte ngn ayat ni [3:140]
    kasih syg Allah sgt2 luasssss.... =')

    ReplyDelete
  2. huaaaaaa~
    awaaaaak~
    amat kene pada masa nya post untuk kte.
    thannnkssssssssssssssss!

    suka!
    "adalah mudah menjadi ceria apabila kehidupan anda berjalan lancar, tetapi anda dikagumi jika di masa derita anda masih mampu tersenyum"

    ReplyDelete