Sunday, November 1, 2009

the weekend.

bismillah. banyak sungguh updates. sehingga tak terupdate.

'ala kulli haal, alhamdulillah, thummalhamdulillah, dah tamat pun semuanya! walaupun sedih je sebab dah tamat program di ottawa. turnouts, alhamdulillah memuaskan. yang datang dari jauh pun, alhamdulillah sungguh bersemangat! semoga korang datang tak sia-sia, and bawak balik mutiara berharga instead! missing you girls already ;(.

kehangatan program ni terasa pada hari khamis lagi, bila pergi menjemput juniors dari trent di stesen bas. hari jumaat pula, kecuakan mula dirasai. comes saturday, pagi tu agak pening merisaukan benda-benda yang tak sepatutnya. tak focus sangat jadinya. but alhamdulillah, starting after lunch, saya dapat concentrate dan absorb. bak kata dila or farah, saya tak ingat, 'tak sempat rasa mengantuk pun!'. memang bestlah. terasa related je semua yang dicakapkan.alhamdulillah, belajar banyak benda.

tamat program, sisters bergerak ke sushikan. hehe. 20 menjadi angka keramat malam tu, bila ada yang order sampai 20 sushi jenis yang sama. hehe. pengajaran malam tu, memang seriously jangan order bila terlampau lapar, atau jangan terlampau ikut nafsu makan. sudahnya, perut tak mampu menanggung kapasiti. hehe. tapi tiada pembaziran alhamdulillah(except for a handroll, hukhuk). walaupun dalam gelak ketawa, terasa motif malam tu dicapai alhamdulillah. thanks a lot fa, fana, ida, shida, dila, farah, sarah. memang bestlah malam tu. oh dan terubat sikit rindu pada 'ikan bakar' dan ubi goreng tepung kat malaysia. hehe.

comes ahad, wah, kalau hari sabtu sungguh organizer sungguh teratur, hari ahad, organizer sendiri kelam kabut! huhu maaf ye pada kak zidah, yang datang awal nak kasi kami breakfast yang sedap ;). ahad, topik mula berat. banyak yang terkena kat batang hidung sendiri, kalau saya jenis yang blushing, memang dah merah padamlah muka. masa nihla bersyukur dapat kulit orang melayu. haha. lunch, alhamdulillah much better than the day before, walaupun ofcourse, it comes at a higher price.

ahad, terasa sungguh laju masa berjalan. tau2, sudah lunch, zuhur. tau2, sudah break asar, dan perlu hantar yang disayangi pulang. tau2, program sudah tamat, dan perlu kemas venue.

sungguh, ahad was super duper fast. saya tak puas. sesungguhnya, saya tak puas, dan rasa sangat sekejap. apapun, terimakasih yang sudi hadir, dan semoga program ini tak sia-sia. mari ingat balik cita-cita kita di akhirat, dan work backwards, plan what should we do today. jangan sekadar bercakap kosong atas angin.

ini bukanlah pengakhiran, bahkan barulah permulaan.
yang sangat menyayangi,
atiqah ottawa.

1 comment:

  1. "ini bukanlah pengakhiran, bahkan barulah permulaan"

    ReplyDelete