Thursday, December 10, 2009

bismillah

aku mahu perasaan 'buat apa sahaja untuk cinta Dia'. triggernya, banyak, termasuk cerpen ni.
kita manusia, semua pernah melalui zaman ke'kolot'an, tapi semoga kita dah semakin 'maju', dan akan bertambah maju mula dari sekarang. insyaAllah aamiiin :)

aku rindu pengharapan sepenuhnya pada Dia. bukannya buat istikharah sekadar cukup syarat, dan akhirnya follow kemahuan diri juga.

rindu, tak guna juga kalau tak take action.

kita sering sibuk cek mutabaah amal orang, azam dan perkembangan orang lain, bagaimana dengan azam kita?mutabaah amal kita? ya Allah, bantu aku jauhi jahiliyyah, dari penyakit hati yang membelenggu diri. aku berlindung pada kalimat Allah yang sempurna, dari kejahatan apa-apa yg diciptakan.

ramainya post entry pasal ukhuwwah n hak sahabat. hu. aku masih belum settle bab ni. rabbi yassir wala tu'assir.

edited:aku mahu berpaksikan Dia, terjumpa jawapan di dalam mathurat. pengajaran, silalah baca mathurat dengan menghayati maksud ya kawan-kawan :)

allahumma, Engkau adalah Tuhanku, tidak ada tuhan selain Engkau;

Engkau yang menciptakanku dan aku abdiMu, dan aku berada dalam perjanjian denganMu, ikrar kepadaMu, yang aku akan laksanakan dengan segala kemampuanku;

dan aku berlindung kepada Mu daripada segala kejahatan yang telah aku lakukan, aku mengakui dengan sebenar-benarnya, nikmatMu kepadaku;

dan aku mengakui dosaku, maka ampunilah aku, kerana tidak ada yang boleh mengampuni dosa, melainkan Engkau.

1 comment:

  1. menitik2 airmata memikirkan kamu, dan semangatmu.
    huuu.

    ReplyDelete