Friday, December 18, 2009

happy new year! :)

bismillah. selamat tahun baru awal muharram ya!kullu am wa antum bikhair. mari buat azam baru! tadi ada yang bertanya pada saya, "eh atiqah exam ko kol 2 sampai 5 kan?(asar mula dan habis dalam exam, saya solat jama' sahaja.)camne ko nak baca doa awal akhir tahun?"

jawapan saya, (err sorry tadi blur blur tak terjawab). hu. saya tak buat. sebab bidaah. eh sikit sikit bidaah. doa pun bidaah ke?

terpulang pada pandangan masing-masing. ini quote:
Jika diteliti doa awal dan akhir tahun tersebut, diakui bahawa lafaz Arabnya sangat elok, susunan kata-katanya menarik, dan maksud kandungan doa juga tidak bersalahan dengan mana-mana prinsip syarak.

Tetapi, oleh sebab doa ini ditetapkan lafaz bacaannya, bilakah waktu dibaca, berapa kali bacaannya diulangi, dan apakah fadilatnya, maka upacara membaca doa ini adalah termasuk dalam bidaah. Kerana bacaan doa ini tidak pernah direkodkan dalam mana-mana kitab hadis muktabar, tidak pernah dinukilkan amalannya di kalangan para sahabat, tabien dan para salaf, dan tidak disebut pun oleh imam-imam yang masyhur.


Ditambah pula dengan fadilat palsu tentang kata-kata syaitan begitu dan begini, dan jaminan pengampunan dosa selama setahun. Ini semua perkara ghaib yang mesti diambil daripada nas-nas sahih.

Ada juga mengatakan, “Perkara kecil seperti ini pun hendak diperbesar-besarkan?”. Jawapan kepada persoalan ini ialah kata-kata Imam al-Barbahari, “Dan awaslah kamu daripada perkara-perkara kecil yang diada-adakan, kerana bidaah-bidaah kecil akan berulang hingga ia menjadi besar”.

Ibn Taimiyyah pula mengatakan, “Bidaah-bidaah pada permulaannya hanya sejengkal. Kemudian ia bercambah di kalangan pengikut-pengikut, hingga menjadi beberapa hasta, beberapa batu dan beberapa farsakh“. (Satu farsakh bersamaan 3 batu).


quoted from here. wallahua'lam bissawab. tidak kisahlah jika fiqh kita mungkin berbeza, kerana aqidah yang mempersaudarakan kita :)

p/s:ATIQAH DAH HABIS EXAM FINALS. ALHAMDULILLAH 'ALA KULLI HAAL :) faiza faraghta fansobb! maka bila telah selesai satu kesibukan, sibuklah dengan benda lain pula.

No comments:

Post a Comment