Saturday, January 2, 2010

bumiputera

bismillah,
isu melayu-cina sensitif kan kat malaysia ni? hak bumiputra perlu dipertahankan, etc.
basically bumiputera menurut kefahaman atiqah adalah orang yang mula-mula sampai di tanah tersebut. maka dia menjadi tuan punya rumah.

mari kita lihat sejarah palestin[cp-ed from here] :

Palestin di'islam'kan ketika pemerintahan saidina umar pada 638 masihi. Palestin aman di bawah pemerintahan islam sehinggalah ditawan tentera salib pada 1099. Kemudian, salahuddin alayyubi menawan kembali palestin tahun 1187.

Kiranya tempoh yahudi menguasai Palestin ketika itu hanyalah 88 tahun.

Seterusnya Islam kembali menguasai Palestin hinggalah kedatangan Kafir/Yahudi menguasai Palestin kembali pada 1917. Dan dari tempoh 1917 hingga sekarang 2009, adalah 92 tahun.

Maka jumlah tahun keseluruhannya Yahudi/Kafir menguasai Palestin, adalah 88 +92 = 180 tahun!

Sedangkan, Palestin pernah berada di bawah Islam sedari zaman pemerintahan Umar Al-Khattab (638) sehingga penaklukan oleh tentera salib pada 1099, iaitu selama 460 tahun.

Diikuti pula selepas Palestin dimiliki semula oleh Salahuddin Al-Ayyubi pada 1187, sehinggalah Palestin menjadi milik British pada 1917, iaitu selama 730 tahun!

Justeru, Palestin pernah berada di bawah penguasaan Islam dengan aman-damai selama 730 + 460 = 1190 tahun!

Maka, kita sendiri boleh tentukan, siapa yang lebih lama menduduki Palestin? Palestin pernah menjadi milik kita, dan akan selamanya menjadi hak kita!

ps: adapun sebelum kedatangan Islam selepas era Muhammad ke tanah Palestin, nabi-nabi masih diutus kepada mereka bani Israel (Musa, Daud, Sulaiman ….Isa). Justeru untuk tempoh inipun, sebenarnya Islam iaitu ajaran yang dibawa oleh nabi-nabi ini telah lama bertapak di sana!

No comments:

Post a Comment