Monday, February 22, 2010

a beggar, a slave

bismillah...cp-ed from fathiyyah

Dan untuk orang macam kita, memang sejak dahulu dapat hidayah tapi tak reti-reti nak jaga atau hargai betul-betul. Yang lagi dahsyat, kita suka mencabar iman kita. Kita tak rasa takut pun hidayah tu Allah akan tarik balik. Kang bila kena campak ke neraka, bila Allah dah tak nak langsung pandang wajah kita di neraka, masa tu baru lah nak merayu-merayu, minta belas ihsan dari Allah.

kita langsung tak nak masuk neraka Jahannam walaupun sekejap. Langsung tak mahu masuk syurga setelah jadi banduan di neraka. dan mahu semahu-mahunya masuk syurga Allah terus setelah dihisab dan tinggal di dalamnya betul-betul.

Sebab aku tahu, tak ada 'rumah setinggan' di tepi pintu syurga atau di pinggir syurga.
Yang dijanjikan Allah itu adalah rumah dan mahligai yang cantik-cantik, betul-betul dalam syurga. Tapi nak masuk syurga Allah itu bukan senang, sebab syurga Allah itu mahal.

Maka, bertakwalah! Hiaskan diri dengan pakaian takwa!

Ya Rahman,
Ya Rahim
Peliharalah aku.

No comments:

Post a Comment