Wednesday, March 3, 2010

2 mac 2010

bismillah.
innalillahiwainnailaihiraji'un. dari Dia kita datang, dari Dia kita kembali.
hari ini ottawa gempar dengan pemergian ayah shida.
redha?easier said than done, bahkan orang setegas saidina 'umar boleh rawan dengan pemergian nabi saw.

tapi ingat kata ummu sulaim, "wahai suamiku, andaikata seseorang itu diberi pinjam sesuatu barang, kemudian empunya barang itu minta dikembalikan barangnya, patutkah dia tidak mengembalikannya?" jawabnya: "tidak". Kemudian umu sulaim berkata, "sesungguhnya Allah telah mengambil semula apa yang dikurniakan kepada kita, anak kita telah pun diambilnya kembali."

someone wrote on shida's page, "may the comfort of God help you during this difficult time."

kata puan zalillah pegawai msd kami pula, "saya risau kamu beli tiket flight balik je,".di masa begini, rasional semestinya perlu mengatasi emosi. ulang ulang ingatkan diri, he is in a better place, insyaAllah, Allah treat dia baik-baik, letak dia dalam golongan beriman, insyaAllah.

quoting a friend, in the end, baca yasin, tahlil beramai-ramai, yang sampai pada si mati hanya 3 perkara, seperti hadith riwayat abu hurairah:
1.sedekah jariah
2.ilmu yang berguna dan diamalkan
3.anak yang soleh yang mendoakan

maka mari, demi kesejahteraan orang-orang yang kita sayang, kita gunakan harta-harta mereka yang telah pergi untuk sedekah. ilmu yang mereka ajar pada kita, kita amalkan, kita spread pula pada orang lain. dan jadi anak yang soleh, anak yang soleh, supaya doa kita agar mereka dijauh azab kubur, dimudahkan hisab, diterima olehNya. inshaAllah.

p/s:shida, the atiqah you know is not good at words, but have faith, that every effort you put in to be strong, is counted as pahala. jadi anak solehah ya sayang, and kita doakan encik ko banyak-banyak.

kita merancang, banyak je plan kan? tapi Allah jua merancang. dan Allah sebaik-baik perancang.

2 comments:

  1. innalillahiwainnailaihiraji'uun.

    Sungguh, Allah lebih menyayangi dirinya. Sampai salam takziah ana buat sahabat enti, walaupun kami saling tidak mengenali

    ReplyDelete
  2. iAllah tiqah.
    I'll try to be strong and redha dgn pemergiannya.
    Thanks for being supportive kawan.
    sangat-sangat memerlukannya.
    sayang kamu. :)

    ReplyDelete