Sunday, March 7, 2010

3 mac pula

bismillah. cp-ed from fathiyyah

Ini merupakan cap mohor rasmi bagi khilafah Uthmaniyyah.

Di dalamnya tertera hampir kesemua jenis senjata yang wujud pada zaman itu ( termasuklah pistol) untuk menunjukkan betapa gagahnya mereka pada ketika itu.

[Negeri Melaka di kepulauan Melayu pernah berada di bawah naungan khilafah Uthmaniyyah suatu ketika dahulu. ]





Ini merupakan majlis perlantikan Sultan Abdul Hamid ke-2 pada 31 Ogos 1876.

Beliau dikatakan sebagai khalifah bukan boneka terakhir Uthmaniyyah. Beliau juga berjaya melambatkan proses kejatuhan khilafah selama beberapa tahun.

Yahudi dan sekutunya sangat membenci khalifah ini kerana berjaya menghalang beberapa rancangan mereka. Di antaranya adalah pembelian tanah umat Islam di Palestin oleh pihak Zionis, maka timbullah kata-kata yang cukup masyhur sehingga sekarang:

“ Demi Allah, tanah ini bukan milik aku, tetapi milik umat Islam seluruh dunia. Aku lebih rela melihat daging tubuhku dicincang-cincang, daripada melihat tanah umat Islam di pisah-pisahkan., dan itu takkan berlaku selagi aku hidup. Beritahu pada Yahudi untuk simpan duit-berjuta-juta itu, dan mereka boleh ambil tanah Palestin sesuka mereka tanpa membayar sesen pun, ketika khilafah telah tumbang

Satu lagi kata-kata berharga beliau:

“Sesungguhnya hanya Islam sahajalah satu-satunya unsur yang menjadikan kita kuat. Kita mampu menjadi umat yang memiliki survival dan kuat dengan syarat kita hendaklah membenarkan ISLAM agama kita yang agung.”

Walaupun sistem khilafah telah kucar-kacir, pemerintahan beliau berjaya bertahan selama 33 tahun.

3 Mac 1924 : Berita pembubaran sistem khilafah dan pemisahan antara agama disiarkan secara rasmi. Sultan Abdul Majid iaitu khalifah terakhir diperintah keluar dari Turki


sumber sini


=============================



Hari ini, 3 Mac 2008, genap 84 tahun jatuhnya Khilafah Islam yang terakhir oleh Mustafa Kamal Attaturk.

Sudah 84 tahun, tiada Khalifah. Umat Islam kebuntuan, tiada pimpinan. Masalah terus melanda umat yang semakin lesu ini. Umat terus menerus diperbudakkan oleh kuffar.

Penjajahan, penindasan, kekejaman, kemiskinan, kemunduran, kemelaratan, perpecahan, menjadi perkara-perkara yang amat sinonim dengan umat yang sepatutnya mewarisi bumi Allah ini.

Hari ini, umat Islam terus berpecah, dengan semangat nasionalis yang membuak-buak, bergaduh sesama sendiri. Tidak kurang juga dengan semangat kepartian dan taksub jemaah yang melampau menyebabkan tiada kesatuan dalam ummah.

Sudah cukup masa tidur kita. Bangkitlah dari lena yang panjang. Sekarang bukan lagi masa untuk merintih, menangis mengenang keruntuhan ummat ini tapi kini tiba masa untuk kita bangkit, mewarisi bumi ini, menjadikannya islam seiring dengan kepatuhan alam.

Bukan masanya untuk kita bergaduh tuduh menuduh, hina menghina sesama sendiri untuk mendapat kerusi dalam Parlimen atau DUN.

Bukan masanya kita terus lena dibuai hiburan yang melekakan sepanjang hari dengan telinga sentiasa dipasang i Pod dan mp3.

Bukan masanya kita terus menonton tv sambil bersedih melihat saudara seaqidah ditimpa kemelatan.


Bumi mesti ditadbir oleh ummat ini.

Tingkatkan pengetahuan tentang deen ini. Pastikan amal kita tidak lari dari kalamullah dan sunnah ar rasul sallallah alaiwassalam.

Tarbiyyah wajib diteruskan. Dakwah wajib dijalankan.

Susunlah barisan individu muslim. Tegakkan islam. Kembalikan khilafah.

http://msmcork.wordpress.com/2008/03/04/3-mac-1924-sedetik-di-bawah-khalifah/



3 Mac yang wajib diingati oleh kita dan mereka yang bergelar muslim. Bukan lagi 1 januari, 14 Februari atau mungkin bukan juga hari lahir sendiri

Mungkin tarikh ini menjadi titik tolak kita untuk mula bergerak ke hadapan. Demi melaksanakan visi dan misi yang dipegang oleh golongan pejuang dahulu sehinggalah kini, kita juga sanggup untuk hidup berhempas pulas, mengorbankan waktu tidur dan berjihad dalam medan kita supaya ia mampu dijadikan sebagai saksi dan hujah kita di mahkamah akhirat kelak.

Tanggungjawab kita sebagai 'abid itu mungkin sudah selesai. Tapi tanggungjawab sebagai khalifah, sudahkah kita?

4 comments:

  1. Super like! Terima kasih untuk the reminder, Atiqah. Especially the bolded part, huhu.

    Baca kisah Ottoman Empire teringat my trip to Turkey last year, visiting all the remnants of the palaces and such. Sangat extravagant dan tak patut, semua nak ikut + compete dengan orang Europe.

    ReplyDelete
  2. atiqahmohammadkhuzainiMarch 12, 2010 at 12:14 PM

    fana:huhu banyak kisah tersirat turkey and andalusia yang best2 lagi.jom kite selongkar one day. hehe.
    hakimah:lets walk our talk!

    ReplyDelete