Friday, March 12, 2010

kelawar

bismillah.

angkat takbir, mahu solat. dushhh, ada haiwan terbang begitu laju mengelilingi kepalaku.
eh binatang apa pulak ni?masuk dari mana, aku dah berjam2 dalam bilik, tak buka pintu atau tingkap.

hajat mahu solat ku tangguh seketika. buka tingkap luas-luas. eh alaa, tingkap ada jaring yang tak memungkinkan dia keluar. haiwan itu terbang lagi mengelilingi aku, dan masuk ke dalam walkin closet yang tidak berpintu. gagahkan semangat, buka pintu sidedoor yang betul-betul disebelah almari itu.

aku tercegat pegang pintu, sambil tenung dia. eh macam kelawar pun ada(dari pandangan mata yang rabun tidak bercermin mata, hu). muka/kepalanya macam tikus. dia tenung aku. degil, enggan mahu keluar. bosan menunggu, aku fikir, ah lantak kaulah.

tinggalkan pintu, angkat takbir, solat. sedang solat, dia merayap di atas lantai hampir dengan sejadah. macam katak gayanya, cuma tidak melompat. jangan dekati aku, jangan dekati aku!teriak hati. dia keluar. wah leganya hati! nakk aja tutup pintu terus. tapi sedang solat, walau tahap khusyuk obviously boleh dipertikaikan. elok sahaja bagi salam di akhir solat, dia masuk kembali. merayap di atas lantai, kaki dan ekor berbulu-bulu seperti tupai. aku kata padanya, tolong keluar please? please? merayu berkali-kali dengan bersungguh. masa tu mintak tolong tak terkira dah pada Dia.

binatang itu terbang pula, semakin dahsyat, terbang rendah beberapa round keliling kepala aku yang tengah duduk. laju, macam nak terjah kepala aja lagaknya.suka ya tawaf, hanya beberapa inci dari muka. cuak, aku keluar bilik. buka pintu rumah luas-luas supaya dia boleh keluar. tunggu di dapur, sambil makan-makan. akhirnya dia keluar bilik. cepat-cepat aku lari masuk bilik, tutup pintu. yeay, aku menang!

beberapa saat kemudian, dia masuk semula bilik ikut celah bawah pintu. huargh, sudahhh. bercakap-cakap lagi padanya, tolong keluar please, aku tahu kau dengar dan faham. ya Allah, make it go away, he is Your slave, Kau boleh suruh Dia pergi. bahkan dia tengah berzikir pada Kau, please arahkan dia pergi.

atas kuasa Dia, sepanjang-panjang aku bercakap dengannya, 'kelawar' itu pandang aku. bagaikan mengerti, dia menyusup keluar semula. alhamdulillah, alhamdulillah. capai beg-beg, tutup celahan pintu. semoga dia takkan dapat masuk lagi.

kadang kita tak tahu dari mana ia datang. di kala itu, yang penting adalah menghalau ia keluar.
kadang kita rasa tak berdaya, rasa ia takkan mungkin pergi meninggalkan kita, maka mintalah pada Dia. Dia penguasa subuh, pada Dia sahaja kita minta pertolongan dari anasir luar yang jahat.
kadang kita tak pasti pun anasir itu jahat atau tidak, kita keliru dengan rupa parasnya yang berbagai, tapi gerak hati perlu diikuti. rasa bersalah atau tidak melakukannya?
benda buruk tak mudah ditinggalkan. ia akan datang balik, if we allow them to come back. sumbatlah celah pintu dengan segala senjata doa dan ibadah, agar dia tak boleh datang kembali. prevention is better than cure.

p/s:masih tak berani keluar bilik untuk tutup pintu rumah. bimbang dia masih menanti di luar bilik untuk masuk bila-bila masa.

10 comments:

  1. great reflection. sukeeee sgt!! <3
    lastly, kelawar tu as a medium dari Dia nak bagi ilham kat awak utk tulis post yg menarik. =)
    masih tertanya2, mana dtg nye kelawar tu eh.

    ReplyDelete
  2. atiqahmohammadkhuzainiMarch 12, 2010 at 11:10 AM

    taktahuuuu. masuk kot bawah pintu tepi kite tu kot.
    p/s:kalaulah betul itu kelawar. haha. alhamdulillah, memang kite pon rasa dah lama tak 'tulis'. lps gian sbntr.

    ReplyDelete
  3. huaaaaaaaa


    entry apakah ini???

    sangat menarikkkk!

    superb!!!

    yeahh!!!

    hehe

    ReplyDelete
  4. kalau kte mesti cm dah nk nanges dah.. heheh..
    menarik2..

    ReplyDelete
  5. hu. puas pk kan mane datangnya kelawar tu?hehe. yeah,itu membuktikan kekuasaan Allah. DIA boleh buat apa yg dia mahu , kun faya kun! baru pas usrah, segar. hrp segar jiwa berpanjangan.

    betuuulll sgt part yg benda buruk xmudah nak tinggalkan, tp kita boleh cuba kan? and yes, prevent is better than cure!

    semoga thabat~

    ReplyDelete
  6. athirahbaharuddinMarch 12, 2010 at 9:16 PM

    shuhh kelawar T_T

    ReplyDelete
  7. atiqahmohammadkhuzainiMarch 13, 2010 at 1:00 AM

    hakimah, awin: <3
    sarah:kite rasa kelawar tu keluar sbb suara kite mcm dah nak menangis kot. dia kesian. :D
    kak syaz:hu jelesnye, mahu kesegaran jiwa juga. algkh sukar untuk preserve kesegaran tu.
    athe:shuh2 bad habits!

    ReplyDelete
  8. "kadang kita tak tahu dari mana ia datang. di kala itu, yang penting adalah menghalau ia keluar.
    kadang kita rasa tak berdaya, rasa ia takkan mungkin pergi meninggalkan kita, maka mintalah pada Dia. Dia penguasa subuh, pada Dia sahaja kita minta pertolongan dari anasir luar yang jahat.
    kadang kita tak pasti pun anasir itu jahat atau tidak, kita keliru dengan rupa parasnya yang berbagai, tapi gerak hati perlu diikuti. rasa bersalah atau tidak melakukannya?
    benda buruk tak mudah ditinggalkan. ia akan datang balik, if we allow them to come back. sumbatlah celah pintu dengan segala senjata doa dan ibadah, agar dia tak boleh datang kembali. prevention is better than cure."

    subhanallah. kte sgt suke :'(
    thanks awakkk!~

    ReplyDelete