Sunday, April 18, 2010

balik?

bismillah.

tensi. bila stressed out, option paling menarik adalah untuk pulang ke rumah, atau buat yang jauh, telefon parents, specifically, telefon mak. tengok kat fb, berapa ramai yang tulis sebegini:
sharing stories with ur mama makes u smile.
you(mother) always make everything alright (with His will).
oh ibu.

sekadar quoting beberapa. sememangnya, bila tension, kita akan kembali to where we came from. sebab tu kot wujudnya phrases 'home sweet home' dan hujan emas di negara orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri.'

Macam tu jugak dengan roh.

"Roh kita asalnya `dekat’ dengan Allah. Apabila dijauhkan dari asalnya, dia akan terseksa, kesunyian, dan menderita seperti jiwa perantau yang tercampak di bumi asing. Sering gelisah dan mahu mengecap asal usul yang telah ditinggalkan. Jika rintihan hati kita diabaikan, akhirnya ia akan mati lantaran sakit rindu kepada asalnya. Bawalah kembali diri kita semua ke asal kita, bahawa kita dekat dengan Allah"

"Bukankah semasa di alam roh, Allah berbicara secara langsung dengan kita dan kita menjawabnya secara langsung dengan Dia? Semakin banyak kita berdosa, meninggalkan solat dan al-Quran, melayan nafsu dan mengikut jejak langkah Syaitan, bererti semakin jauh roh kita mengembara meninggalkan asalnya. Semakin jauh daripada Allah, semakin kehilangan bekal dan semakin sesal dan bebal dengan kegundahan yang ditanggung.
Tatkala hati gelisah, terimalah ia sebagai pemberitahuan hati bahawa dia memanggil tuannya kembali ke asal. Kepada Tuhan."
read full story here

No comments:

Post a Comment