Tuesday, April 6, 2010

iman kain buruk

bismillah.

Ketika kubaca wahyuNya,

“Sungguh setiap mukmin itu bersaudara”


Aku tahu, ukhuwwah itu tidak perlu diperjuangkan.

Tidak perlu, kerana ia hanyalah kesan dari iman
.

Aku masih ingat pertemuan pertama kita, wahai sahabatku.

Dalam dua saat….Ya, hanya dua saat sahaja.

Aku telah merasai perkenalan itu, bahkan kesepakatan hati.


Itulah ruh-ruh kita yang saling bertegur sapa dan saling berpeluk mesra.

Dengan iman yang menyala, mereka telah bermuafakat.

Meskipun lisan belum saling menyebut nama dan tangan belum berjabat.


Ya, kubaca lagi wahyuNya,

“Sungguh setiap mukmin itu bersaudara”
Aku mula faham, persaudaraan itu tidak perlu diperjuangkan.


Kerana,
1. Ketika ikatan itu semakin lemah.
2. Ketika keakraban semakin rapuh.
3. Ketika salam terasa menyakitkan.
4. Ketika kebersamaan terasa seperti siksaan.
5. Ketika pemberian umpama bara api.
6. Ketika berpelukan terasa hambar.
7. Ketika kebaikan justeru melukai.

Aku makin faham, yang koyak bukanlah ukhuwwah kita.

Hanya iman-iman kita yang sedang sakit atau menjerit.

Mungkin kedua-duanya atau mungkin kau sahaja.
Tentunya yang lebih kerap, imankulah yang semacam kain buruk.


Kubaca berkali-kali wahyu persaudaraan itu, sahabatku.
Maka aku terbang ke ufuk tinggi untuk memahami, mengapa di kala lain diberi ancaman;

“ Para kekasih pada hari itu, sebahagiannya menjadi musuh kepada sebahagian yang lain kecuali orang-orang yang bertaqwa”


Semoga wahyu itu sentiasa membuka kepadaku pencerahan yang tiada bandingannya.

Ameen Ya Rabbal Alameen

copypasted from here. how true is this. dan kadangkala, when the carriage is too heavy, the horse only focuses on wanting to cut loose the weight. maafkan aku teman, kerna kain buruk ini, cinderella lambat ke destinasi.

6 comments:

  1. atiqahmohammadkhuzainiApril 7, 2010 at 5:28 AM

    ttbe terjumpa ini:

    "manusia akan start jadi susah bila dia rasa dia in control of things. sebab memang hakikatnya dia takde control. sebab tu nak kena banyak banyak banyak bergantung dan berserah pada Allah. Allah suka sangat kita mengadu pada Dia. In fact segala kesusahan dan ujian yang menimpa adalah sebab Allah nak tengok kita kembali pada Dia tak. As simple as that"
    -dr blog kak anis.

    ReplyDelete
  2. =)) sukaaaa sgt2 <3

    yang control tu jugak. =)

    ReplyDelete
  3. tiqah, thanks jiddan. ukhuwwah is kesan dari iman. got it.

    ReplyDelete