Thursday, April 29, 2010

puding karamel

bismillah.

bahan2 puding:
400ml susu
4 sudu besar gula
3 biji telur
2 biji telur kuning sahaja

untuk gula hangus/karamel:



panaskan 5 sudu besar gula bersama 2 sudu besar air dalam kuali (api kecil), tunggu sehingga gula cair dan berwarna keperang-perangan.






gula anda mengeras?jangan risau, ia akan cair juga. tunggu lagi.








gula yang sudah siap.








sementara tunggu gula hangus, campurkan 4 sb gula dengan susu, dan panaskan selama seminit setengah dalam microwave, atau atas api. jangan sampai susu mendidih. kacau supaya gula larut.






pukul semua telur(5 biji), jangan sampai ia berbuih. dan campurkan dengan campuran susu dan gula tadi.







bila gula hangus siap, tuang ke dalam bekas yang hendak digunakan untuk puding(tahan panas). gula akan membeku dengan cepatnya.




masukkan pula campuran telur, susu dan gula tadi. kukus selama 30-45 min. pastikan anda tutup bekas tadi, supaya tekstur cantik tidak menggelembung. jika tiada periuk kukus, boleh juga buat seperti water bath, dan bakar dalam oven. 350F, 30-45 minit. alternatif lain, kukus dalam rice cooker, dan tutup mangkuk dengan aluminium foil.



saya guna oven sahaja.






bila siap, sejukkan dalam peti ais. terbalikkan puding ke atas pinggan (selepas sejuk, kalau panas lagi, puding akan pecah),dan voila. sangan simple dan sangat sukar untuk tak jadi. sesuai untuk menu potluck usrah, atau untuk DF. resipi, credits to seniors: mira n k nanue.

6 comments:

  1. kenapa macam sangat222 senang eh?
    ni yang nak try ni.. heh..
    tp buat double boiler dalam oven tu, meaning just put the bekas dalam waterbath je la kan? n cover with foil? right? kan?

    ReplyDelete
  2. atiqahmohammadkhuzainiApril 30, 2010 at 1:37 AM

    yes. thats the right term. thank you sbb tegur, ill edit later inshaAllah.

    mmg sgt sng.slmt mencuba.

    maaf bertanya, ini siapa ya?

    ReplyDelete
  3. terliur tengok resepi ni.. nak try la.. thanks atiqah. Memang dah lama teringin nak buat tapi takut tak jadi. Dengar kata "susah untuk tak jadi", terus rasa termotivasi nak buat.. hehehe..

    ReplyDelete
  4. nampak macam senang sungguh ni. nak try, nak try heee~

    tq for the recipe!

    ReplyDelete
  5. athirahbaharuddinMay 11, 2010 at 9:29 AM

    "sangat simple dan sangat sukar untuk tak jadi"

    patut jgn letak ayat ni. mmg menangis la kt kalo xjadi gak.uhuk =_=

    ReplyDelete
  6. atiqahmohammadkhuzainiMay 11, 2010 at 11:03 AM

    t.t tu utk motivation suruh mula buatlaa athe. tak bniat pun sbgitu. haha.

    ReplyDelete