Tuesday, May 18, 2010

apple crumble

bismillah,
2 cawan tepung gandum
1/4 cawan gula
1/2 cawan butter

3 biji epal hijau (granny smith)
1/2 cawan gula (campur gula perang jika ada)
1 suduteh serbuk kayu manis.

kupas, buang bahagian tengah, dan potong dadu kesemua epal. campur dengan gula dan serbuk kayu manis. jika tiada serbuk kayu manis, kacau sahaja dengan beberapa batang kayu manis sampai keluar bau. kalau takde pun takpe. ratakan epal dalam bekas yang hendak digunakan untuk bakar.

campurkan tepung, butter, dan gula dalam bekas lain. tepung boleh di tambah atau dikurangkan mengikut keperluan. ramas dengan jari sampai jadi macam serbuk roti. setelah siap, taburkan atas epal sehingga menutupi keseluran epal, tapi jangan padatkan.

bakar 180C selama 30 minit, atau sampai tepung masak. done. makan dengan aiskrim vanilla atau kuah custard untuk lebih nikmat.

resipi asal, myresipi.com

3 comments:

  1. salam tiqa

    hihi,,,, baru buat

    azie

    ReplyDelete
  2. atiqahmohammadkhuzainiMay 24, 2010 at 7:10 PM

    ya Allah azie!lamanya dah terputus contact. apa khabar?huhu cmne nak contact azie?

    hu cuti dah tak pernah sama. mari strive for jannah dan jumpa di sana insyaAllah.

    ReplyDelete