Friday, May 21, 2010

cinta

bismillah,

sering sahaja apa yang kita buat kat dunia ni, kita tak suka. tapi berpura-pura suka, dengan tujuan atau hadaf tertentu. dari sekecil-kecil tujuan, sehingga ke besar-besar matlamat. yang pasti, semuanya untuk redha Allah belaka. inshaAllah.

ada yang tidak minat medic, terpaksa ambil medic. ada yang tak suka F1 dan bola, terpaksa ambil tahu pasal F1 dan bola. ada yang lebih suka diam, tapi terpaksa lead usrah atau ta'lim. itu antara contoh. maka bila kita buat apa yang kita tak suka, kita cepat penat. takda stamina atau driving force untuk push us forward.

kata ustaz rahmat abdullah, ramai yang boleh bekerja di jalan dakwah, tapi tak bisa cintakan jalan dakwah. benar bukan?dipetik dari filem sang murabbi. maka perlu juga cuba mencintai dengan segenap jiwa. sebab bila cinta, susah macam mana pun, akan score A+ juga.

bila penat atau futur, pesan kak dina, make the best out of the situation. masa penat/down bukan masa untuk melayan perasaan. bak kata dila, kena buka sikit mata hati untuk memerhati something everyday. even bila down?yes, even bila down.

bersyukur sangat, segalanya hanya di hujung jari. di waqi' lain, mungkin tak dapat sebegini. ada saje hikmahnya.

tika di uk, dari hari pertama di 'library' israa di london, sehinggalah ke bilik hani di bristol dan rumah along di cardiff, dialog sebegini asyik terjadi:
+eh buku apa tu?
-haa, inilah rupa buku ____.
+waa!tak pernah tahu rupa hardcopynya, ada pdf je.

beza tarbiyyah daratan, dan tarbiyyah online :)
p/s:err hardcopy yang sedikit pun belum khatam. dush.

kesimpulan:
reset niat dan ikhlas.
cuba juga cari cinta.
jangan ungkit bila buat apa yang tak disuka.
make the best out of your situation, apa jua situasinya.

2 comments:

  1. betul sgt <3
    macam kita blaja jugak, kdg mcm pelik apsal lah kena amek subjek yg xde kaitan ngan kita, tp univ dh tetapkan wjb amek . so terpaksa blaja. lama2 jadi suka sbb kita mendalami isi sbjek tu. dr benci jadi suka. ohh, heaven gle rasa camtu. so cuba2 utk aplikasikan dlm jln dakwah. untk lebih mencintai jalan dakwah itu. kerana itulah syurga cinta kita yg sebenarnya.

    suka ayat jgn ugkit bila buat apa yg xsuka. jgn membebel or marah2 bila buat benda yg xsuka. sia2 je nanti.

    ReplyDelete
  2. I like!

    herm, selalu kan org kate, benci2 lama2 jadi sayang jugak. Maka bersabarlah kalau terpaksa (applicable to benda2 baik je ok!)

    ;)

    ReplyDelete