Friday, June 25, 2010

emo=selfish

bismillah.

mereka tak emo pun!

Meskipun di bawah ‘penderitaan luar biasa’ yang dialami, wanita-wanita Palestin ini sentiasa menujukkan kualiti daya tahan yang luar biasa. Hidup dalam keadaan tekanan dengan kemiskinan, kediaman yang telah diranapkan, tanah yang telah musnah atau diambil alih, kanak-kanak yang sakit, suami yang dipenjarakan, ibu bapa yang dibunuh dan bermacam-macam lagi.

Namun, mereka masih meletakkan harapan, untuk memenuhi keperluan harian sosial mereka. Mereka berpartisipasi dalam politk dan harus juga bergelut sepanjang hari.
Semenjak 1948 lagi, hak-hak kemanusiaan, keselamatan, kebebasan untuk bergerak dan berekspresi, persekitaran yang sihat dan selamat, juga pendidikan telah dinafikan. Mereka terpaksa menjadi pelarian di bumi sendiri malah di juga peringkat antarabangsa, membawa beban yang melampau kapasaiti upaya wanita biasa.

Di bawah pendudukan Israel ini, mereka terpaksa bergelut setiap hari untuk survival, dan juga bergelut untuk memberikan yang terbaik untuk keluarga dan anak-anak mereka – merekalah pasangan, ibu, penjaga, pejuang, jururawat, buruh dan guru.
dari palestinkini.info

edited, kerana maksud mcm tak sampai. hu. emo=selfish kerana:
1.bila emo kita cutikan diri daripada kerja. serabut sangat kononnya, maka take a break kejap. sejak bila jadi muslims ada cuti hah?

2. bila emo kita rasa kita je yg ada masalah. kwn2 lain yg tgh down jugak terbiar, hak ukhuwwah mereka diabaikan.

3. bila emo kita emo dengan workload, maka semua diserahkan pada orang lain. mahu fokus diri sendiri kononnya. tak fair pada orang lain! dan ini tak lain tak bukan tipu daya syaitan semata.

diceritakan, tempat nabi muhammad saw beruzlah di gua hira pun masih boleh nampak masyarakatnya. ie, baginda beruzlah tanpa sepenuhnya mengenipkan masyarakat. masih peduli. wallahua'lam.

bila baginda down, apa baginda buat?ha pikir! dan contohi. kata umat dia.

2 comments:

  1. atiqahmohammadkhuzainiJune 26, 2010 at 1:04 AM

    allignment lari kerana copy paste. maaf. malas mahu betulkan html.

    ReplyDelete
  2. ups. terasa.

    "bila emo kita emo dengan workload, maka semua diserahkan pada orang lain. mahu fokus diri sendiri kononnya." -->

    mengingatkan kpd sepotong kata2: "di sebalik kejatuhan seorang akh/ukht, mungkinkah ada saham kita disebabkan kerja2 yg sepatutnya jadi tanggungjwb kita dibebankan ke atas dia? kalau begitulah, entum semua zalim!"

    smg kita x jd org2 yg syok sendiri dan happy krn berjaya dlm exam sdgkan shbt2 lain menangis atas struggle dan kesusahan..

    ReplyDelete