Thursday, July 1, 2010

the war

Dengan nama Allah,

Sebaik sahaja proses permeteraian perjanjian dan semua peserta hampir beredar dari majlis, salah seekor syaitan telah menjumpai mereka(kaum muslimin). Namun terbongkarnya pertemuan itu adalah di saat-saat terakhir, agak terlewat bagi sang syaitan untuk memaklumkan kepada pihak pemimpin Quraisy akan rahsia pertemuan sulit kaum muslimin ini.

Agar pihak Quraisy tetap menjumpai mereka kaum muslimin, syaitan tadi pun naik ke atas tanah tinggi dan melaung sekuat hati, "wahai penduduk alkhasyib, kamu tahu tak Muhammad dan orang-orangnya ini? Mereka telah berjanji setia untuk memerangi kamu".

Mendengar ini, Rasulullah menjawab: "Itu dia syaitan al-'Aqabah. Wallahi wahai seteru Allah, sepenuh masa akan ku perangi engkau," dengan itu para peserta perjanjian Aqabah dua pun bersurai pulang ke tempat masing-masing.

dari Raheeq Almakhtum atau The Sealed Nectar, 'Syaitan membongkar perjanjian Rasulullah'.

Sesiapa yang lapang sedang bercuti, let me suggest you a book. read raheeq makhtum here.

1 comment: