Thursday, July 29, 2010

aku seorang pelajar

bismillah.
terasa tercabar dengan pelajar2 Gaza. belajar ditemani bunyi peperangan secara konsisten, letusan bom, dan pemergian orang yang tersayang di depan mata pun, boleh excel jadi pelajar terbaik negara lagi.

hurm, jiwa, mereka, memang jiwa pahlawan!

kisah kejayaan mereka ini, sungguh dekat di hati ku, sebagai seorang pelajar. atiqah perlu berjaya, doakan atiqah berjaya inshaAllah.

copypasted from palestinkini.info.


Khamis, 29/07/2010 -
Pihak Jabatan Pendidikan mengumumkan bahawa pelajar puteri, Nur Ismail dari Khan Yunis selatan, Semenanjung Gaza menduduki tempat pertama sekolah menengah seluruh Palestin untuk jurusan sains. Dalam majlis tersebut diumumkan juga, empat pelajar dari Gaza termasuk 10 terbaik di jurusan yang sama. Sementara 10 terbaik untuk jurusan sastera, enam di antaranya berasal dari Gaza.

Ini bukan cerita biasa, tapi sangat luar biasa. Ini kerana sekolah-sekolah di Semenanjung Gaza yang dihancurkan Israel dan guru serta pelajarnya tahun ini dalam keadaan yang sangat dhaif dan sukar. Di tambah lagi dengan sekatan yang sangat kejam terhadap Gaza. Semua kesukaran tersebut boleh sahaja menjadi alasan kepada mereka yang mempunyai nilai dan jati diri yang rendah. Barangkali lulus sahaja merupakan satu pencapaian yang besar. Namun ketika tempat pertama di jurusan sains adalah seorang puteri dari Khan Yunis dan 10 terbaik adalah pelajar dari Gaza, maka rasanya pencapaian ini menjadi sangat menakjubkan.

Murid-murid dari Gaza menghabiskan tahun pembelajaran yang lalu dalam keadaan sekolah serta serba kekurangan dari segala segi sama ada tenaga pengajar, buku, buku tulis, alat-alat sekolah dan kemudahan asas sekolah yang lain. Apatah lagi ketika bekalan lektrik sering terputus, memaksa murid mengulangkaji pelajaran dengan lilin atau menggunakan lampu tradisional. Ini belum dilihat lagi dari aspek sekatan yang dilakukan regim Zionis dan serangan militan Israel pada bila-bila masa.

Dari luar, kita merasakan begitu kagum dengan kejayaan tersebut. Namun jika kita memperhatikan keadaan sebenar di Semenanjung Gaza dan keperitan hidup seharian yang mereka tempuhi, maka kekaguman itu akan menjadi berlipat kali ganda.

sumber:COMES
penterjemah:osman

No comments:

Post a Comment