Friday, July 2, 2010

july 2nd

bismillah,
adanya adik kecik, banyak belajar tentang birrul walidain. alhamdulillah.

pagi-pagi, kena baik-baik dan penuh sabar kejut adik afifah. kalau salah kejut, adik akan bad mood dan cranky untuk ke sekolah. afifah perlu dipujuk untuk mandi, perlu benarkan dia pilih tudung sendiri, pilih beg dan kemas beg sendiri.

ummi dengan penuh sabar dan suara lembut akan pujuk adik. kalau tak jadi taktik satu, taktik dua akan di guna. kreatif untuk buat adik ceria untuk ke sekolah. aku tak punya kesabaran setinggi itu. natijahnya, adik akan badmood dan melambatkan ummi ke tempat kerja.

padahal, perangai aku dulu seperti itu juga(my attitude was better lah tapi-kata baba hehe). bukan tak mahu ke sekolah, mahu, tapi mengada-mengada di pagi hari. dan semua ini hanya teringat balik bila tengok perangai adik. seperti sabarnya ummi melayan aku berbelas tahun dahulu, sabar juga ummi melayan perangai adik hari ini. tanpa jemu, tanpa penat, walaupun berbelas tahun sudah berlalu. no wonder syurga di bawah tapak kaki ibu. thank you, ummi.

teringat betapa susahnya ummi mengandungkan afifah dulu. alahan teruk, sampai bilik ummi bau macam hospital. baba pula, terpaksa sentiasa beli stok berkarton-karton susu kopi dutch lady, kerana hanya itu yang boleh masuk perut ummi. ummi nak spaghetti, baba buatkan. ummi taknak lauk yang masak di rumah kerana loya bau tumis, baba rajin keluar setiap hari untuk beli lauk ummi.

ingat lagi, ummi tengah riba adik yang baru berumur berapa hari. ummi belai-belai, dan ummi cakap, "berbaloi semua sakit bersalin,".

thank you ummi baba for giving me an amazing sister. afifah, may you grow up to be a solehah and muslehah mu'minah inshaAllah.

inilah dia, afifah yang tanpa segan minta hadiah set rambut dari UK pada abang ipar yang baru kenal. afifah yang senyap-senyap (tanpa pengetahuan ummi) minta jubah pada sepupu yang pergi umrah. afifah yang mintak specific hadiah kat wangsa walk dari abang. "adon tau tak macam mana pergi wangsawalk?"
afifah yang risau bertanya aciknya, "kalau acik tak balik, macam mana dengan tshirt2 afifah?"

happy 6th birthday afifah!

p/s:sengaja letak gambar adik yang comot. kalau tak comot, bukan namanya adik atiqahlah kan? :)

2 comments:

  1. hee. comel...

    ReplyDelete
  2. :D semoga afifah menjadi macam kakak dia, or better and comel-er. heeee. :P
    sweet. Happy birthday adik atiqah =D

    ReplyDelete