Friday, July 16, 2010

kapal Hope


15 Julai 2010.
Kapal bantuan milik Libya ke Gaza, Hope dalam perjalanan ke perairan Gaza apabila dikepung LAPAN buah kapal PERANG zionis. Kapal bantuan ada apa? Ada makanan, barangan perubatan, dan anak muda yang cintakan keamanan. Israel hantar 8 buah KAPAL PERANG untuk melawan mereka. Hurm?

Update lagi:
Kapal dari Libya itu kemudian dilaporkan mengalami kerosakan teknikal kecil pada enjin disebabkan gangguan tentera Zionis. Seluruh relawan bertegas untuk berlabuh di pelabuhan Gaza walaupun mendapat keizinan untuk berlabuh di Pelabuhan el-Arish Mesir.

Salute sukarelawan-sukarelawan ini atas semangat mereka. Who can blame them?Baru sahaja konvoi dari Jordan tidak dibenarkan masuk ke pelabuhan laut Mesir atas sebab 'tidak mampu mencapai persetujuan keselamatan' .

Kata pengarah Yayasan Qadafi, Yusuf Shawan, "Kami tidak keluar dari Libya kecuali untuk menuju Semenanjung Gaza. Kami akan menuju ke Gaza dan tidak akan pergi kecuali ke Gaza."

Semua di atas bersumberkan palestinkini.info.

Update dari aqsasyarif.com pula, kapal Hope telah bertukar arah dan menuju ke El Arish, Mesir, 50km dari Gaza.

No comments:

Post a Comment