Thursday, July 22, 2010

kumpul dgn family!

bismillah.

err procrastinate lagi. kejap sahaja, janji dengan diri sendiri.

summer ni, musim teringat keluarga. tambah-tambah ummi baru cakap dia rindukan aku.

maka bila nampak satu janji Allah ni, terpegun dan tertawan, subhanallah. Allah janji akan masukkan kita bersama orang yang soleh dari kalangan family kita. the place would be eternal and forever kot! sape taknak di sekalikan dengan family tercinta kan? NAKnyaaaa. malaikat bagi salam pulak tu!

"Iaitu syurga yang kekal yang mereka akan memasukinya bersama orang yang mengerjakan amal soleh dari ibu bapa mereka dan isteri-isteri mereka serta anak cucu mereka; sedang malaikat pula akan datang kepada mereka dari tiap-tiap pintu, sambil mengucap hormat, 'Salamun alaikum bima sobartum' (kesejahteraan atasmu dengan berkat kesabaranmu). "

Maka alangkah baiknya tempat kesudahan itu. 13:23-24 Ya, alangkah baiknya. maka mestilah teruja nak tahu kena buat untuk dapat all the above. Formulanya tak susah.
  1. bersabar kerana mengharapkan redha Dia semata.
  2. solat
  3. derma
  4. tolak kejahatan dengan cara yang baik.
Formula ni tercatat dalam ayat sebelumnya, iaitu ayat 22. Bacalah sendiri, gaya bahasa Allah sgt best. Untuk orang yang buat semua 1-4, akan disediakan sebaik-baik ganjaran di hari akhirat, iaitu ayat 23-24.


Allahumma, kumpulkanlah keluarga kami dalam syurga firdaus nanti. Aameen.
p/s:credits to kak tiqa auckland who shared these verses on fb.

No comments:

Post a Comment