Thursday, July 8, 2010

pewaris

bismillah,
ini sambungan bedtime stories.

dah namanya bedtime story, i didnt have my notebook and pen with me at that time(alasan). maka betapa hebat pun bedtime story aunt hanan, tiada yang dapat di rekodkan, kecuali beberapa yang lekat di memori.

dengan motivasi yang berbekas, bila saya pulang, saya pun mula buat research sendiri tentang ciri-ciri syurga dalam alquran berdasarkan indeks alquran tercanggih. long story cut short, rupanya sudah ada yang menulis tentangnya. bacalah di sini. dah baca? sudah rasa 'mahu syurga' dengan sangat dahsyat? jika ya, sila teruskan.

saya sangat mahu warisi syurga itu. sangat mahu. nak tahu rahsia macam mana nak waris syurga tak?

1. dalam solatnya, dia khusyuk.
2. menjauhi dari perkara lagha
3. menunaikan zakat
4. menjaga kehormatan
5. menjaga amanah, menetapi janji
6. menjaga solat

ulaaaika hum alwarithun!
mereka itulah pewaris!

allatzina yarithuuna alfirdausi hum fiiha khaliduun.
apa yang diwarisi?syurga firdaus. dan mereka kekal di dalamnya [23:2-11].

jannah jannah jannah! it would be an end to all miseries. it would be the second ultimate victory!
mari menuju redha Allah, atiqah. inshaAllah.

p/s:sudah bercerita tentang syurga, sudah pasti adanya berita tentang neraka juga. tak percaya?tengok surah muhammad, 47:15. siap ada description lagi utk imagine.

1 comment: